Lelaki cabut gigi guna playar, sukar dapatkan slot janji temu dengan doktor gigi sejak 15 tahun lalu
Gara-gara tidak berjaya mendapatkan slot janji temu bagi mendapat perkhidmatan doktor gigi mendorong seorang lelaki di Britain nekad mencabut giginya sendiri menggunakan playar.
Jami Ellison, 49, terpaksa mencabut giginya sendiri selepas gagal mendapatkan perkhidmatan doktor gigi dari Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) selama 15 tahun.
"Saya tidak akan mengesyorkan (cabut gigi guna playar) dan saya melakukannya kerana sudah terdesak. Saya gagal untuk berjumpa doktor gigi (kerajaan) kira-kira 15 tahun.
Sementara itu, seorang jururawat sambilan, Nicola (bukan nama sebenar) berkata, dia juga tidak berjaya mendapatkan janji temu di pusat rawatan yang sama untuk merawat gigihnya yang patah.
"Saya terpaksa membeli playar dan cuba mencabut gigi saya sendiri," katanya.
Tetapi keadaan Nicola bertambah teruk dan terpaksa berjumpa dengan doktor gigi swasta yang menelan kos rawatan RM3,509.
Difahamkan, lebih kurang 3,000 doktor gigi mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara selepas Britain melaksanakan sekatan pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19. Selain itu, ramai doktor gigi yang mengadu mereka tidak mendapat bayaran setimpal semasa bekerja dengan NHS.
Data yang diterbitkan di bawah undang-undang Kebebasan Maklumat menunjukkan terdapat 2.3 juta janji temu pergigian di NHS sehingga April lalu, berbanding 2.9 juta pada Mac 2022 dan berkurang berbanding angka purata semasa sebelum pandemik Covid-19 iaiatu 3.5 janji temu.
Sumber: Mirror, Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/D5b01Is
via IFTTT