Lelaki failkan saman terhadap bekas anak tiri & tuntut pampasan RM23,000 kerana telah membesarkannya



Media sosial China baru-baru ini dikejutkan dengan kisah kontroversi seorang lelaki yang memfailkan saman terhadap bekas anak tirinya selepas diceraikan oleh isterinya dan menuntut pampasan dengan alasan telah menyara pemuda berkenaan. 


Difahamkan, hanya beberapa bulan selepas bercerai, Tang mengheret anak tirinya, Liu, ke mahkamah dan menuntut pampasan sebanyak 35,200 yuan (RM23,000) kerana telah membesarkannya dalam sepanjang tempoh perkahwinan dengan ibu Liu. 


Tang berkahwin dengan ibu Liu pada 2009 semasa kanak-kanak itu berusia 10 tahun dan membantu membesarkannya sehingga 2021. Tiga bulan selepas bercerai, Tang nekad memfailkan saman tersebut terhadap Liu.. 


Tindakan Tang itu mengundang pelbagai reaksi rakyat di China, yang menonton perbicaraan tersebut disiarkan secara langsung di media sosial. Majoriti netizen menuduh Tang mengambil kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap ibu Liu selepas gagal mempertahankan rumah tangganya. 


"Tang membantu membesarkan Liu selepas berkahwin dengan ibunya. Sekarang, Tang meminta duitnya semula? Ini lebih kepada tindakan untuk membalas dendam selepas perkahwinannya gagal," kata netizen. 


"Walaupun dah membesarkan kanak-kanak itu selama 10 tahun, dia tidak melayan Liu seperti anaknya sendiri, sedih betul," tambah netizen lain. 


Mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan saman itu dan menegaskan Tang sendiri yang membuat keputusan untuk membantu membesarkan Liu walaupun tahu dia sebenarnya dia tidak diwajibkan untuk membiayai pengajian universiti anak  tirinya itu kerana Liu telah mencapai usia 18 tahun," kata hakim mahkamah. 


"Di China, individu yang berusia 18 tahun dikategorikan sebagai orang dewasa dan ibu bapanya tidak diharapkan untuk menampung perbelanjaan hidup mereka," tambahnya lagi. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/CXWU0tj
via IFTTT