Pelakon pukul 'Pak Guard' sehingga cedera akan dibebaskan hari ini



Polis menahan reman seorang pelakon lelaki yang disyaki telah menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, beberapa hari lalu. 


Menurut laporan, suspek berusia 30-an yang juga penghuni di kondominium tersebut telah bertindak menyerang pengawal keselamatan dalam kejadian pada jam 8.40 malam, Khamis lalu.


Difahamkan, rakan suspek datang ke kondominium tersebut untuk menghantar minyak yang dipesan suspek. Apabila hendak masuk, rakannya telah ditahan pengawal keselamatan yang kemudian tidak membenarkannya masuk. 


Tercetus pertengkaran di antara kedua-dua pihak sebelum suspek turun dalam keadaan marah dan terus menumbuk serta menendang muka, ada dan perut mangsa. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di kediamannya pada hari sama, untuk membantu siasatan. 


Suspek dijangka akan dibebaskan hari ini dan polis telah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/jAoXkpO
via IFTTT