Pengembara masa beri amaran, virus misteri & berbahaya akan melanda seluruh dunia pada 2024



Seorang pengguna TikTok mendakwa dirinya sebagai pengembara masa dari tahun 2096 mendakwa bahawa dunia akan dilanda wabak baharu yang misteri dan berbahaya pada tahun 2024. 


Individu berkenaan yang menggunakan nama @timetravlehqr memberi amaran bahawa virus baharu itu akan datang dari negara dunia ketiga sebelum merebak ke seluruh dunia, termasuk kemunculan makhluk asing dan makhluk bawah tanah. 


Dalam video yang disiarkan pada aplikasi tersebut 28 Jun, dia menulis, "Amaran. Sesetengah orang tidak akan percaya bahawa saya adalah pengembara masa dari tahun 2096. Jadi, berikut adalah beberapa kejadian yang akan berlaku di masa akan datang. 


"2022, Amerika Syarikat akan berkongsi dokumen mengenai penemuan UFO secara umum. 2023, makhluk besar yang hidup di bawah tanah akan ditemui. 2024, virus misteri dan berbahaya yang datang dari negara dunia ketiga akan merebak ke seluruh dunia. Bersedialah," tulisnya. 


@timetravlehqr #fyp#space#ufo#alians#time#travel#timetraveler ♬ original sound - Ask questions 😱


Walau bagaimanapun di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tidak yakin dengan amaran tersebut, malah mengatakan amaran itu adalah palsu. 


Bulan lalu, pegawai perisikan di Pentagon, ibu pejabat pertahanan Amerika telah membuka X-Files kehidupan sebenar apabila mereka disoal oleh Kongres Amerika Syarikat tentang apa yang mereka tahu mengenai makhluk asing. 


Ahli Kongres Adam Schiff, pengerusi jawatankuasa perisikan Amerika Syarikat berkata, "Ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar terus daripada pemimpin dalam komuniti perisikan mengenai salah satu misteri terbesar pada zaman kita." 


Tahun lalu, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan yang menyenaraikan 144 kes fenomena penemuan objek asing yang tidak dikenal pasti sejak 2004. Lebih 250 makhluk asing dilaporkan telah melawat Britain pada 2021. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/gZwR1OC
via IFTTT