Seorang wanita sarat mengandung di Amerika Syarikat ditemui mati dengan kepalanya dipenggal dengan kejam, yang membawa kepada penahanan bekas teman lelakinya.
Mangsa, Liese Dodd, 22, sudah lama tidak menghubungi ibunya, Heidi Noel, yang kemudian datang ke rumah anaknya di Alton, Illinois untuk melihat keadaannya.
Heidi bagaimanapun menemui mayat anaknya tanpa kepala terbaring di atas lantai apartmen dan kepalanya ditemui dalam tong sampah di luar rumah.
Ketua Polis Alton Marcos Pulido berkata, anggota dan pegawai yang dikerahkan lokasi kejadian mengalami trauma selepas melihat keadaan mayat mangsa.
"Apa yang diperhatikan, apa yang dipelajari, apa yang ditemui benar-benar mengerikan. Mangsa telah dipenggal dengan sangat kejam," katanya.
"Apa yang dia lalui, boleh membuatkan sesetengah orang terkedu," tambahnya.
Polis telah menahan bekas teman lelaki mangsa, Deundrea S. Holloway, 22, kerana disyaki membunuh. Holloway terdahulu telah ditahan polis atas pertuduhan kes berlainan apabila polis berjaya mengesan keberadaannya.
Holloway ditahan oleh polis yang sedang menyiasat kes kecurian basikal, tetapi dia enggan memberikan kerjasama.
Ketua Polis Gillespie, Jared DePoppe berkata, suspek melawan dan enggan beri kerjasama apabila mereka mengangkatnya dan cuba menghentak kepalanya ke dinding serta enggan duduk.
Semakan rekod mendapati, suspek pernah ditahan pada 2019 dan mengaku telah merompak wang tunai rakannya ketika dalam perjalanan membeli ganja.
Holloway akan didakwa dengan dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama dalam kes kematian Dodd dan dua pertuduhan membunuh dengan sengaja ke atas bayi yang belum lahir.
Holloway turut didakwa memotong badan mangsa, menyembunyikan kes itu dan memiliki kenderaan curi. Holloway kini ditahan di penjara dengan bon $2,000,000.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/bkWnzFM
via IFTTT