'Berkali-kali? Ada kemungkinan ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut?' - Ulas kes rogol tak pakai otak, pengerusi kem tahfiz diselar netizen

Foto tular | Ihsan netizen


Seorang pengerusi kem tahfiz diselar oleh netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar berhubung kes penceramah bebas didakwa merogol remaja perempuan berusia 14  tahun. 


Dalam kenyataannya di Facebook, Ezzat Tahir mempertikaikan kes tersebut seolah-olah menyalahkan remaja perempuan berkenaan dan mendakwa penceramah itu mungkin adalah mangsa rogol remaja itu. 


"Ustaz F&N, penceramah bebas ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun. Berkali-kali, hebat juga. Ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat. Berkali-kali perginya??? Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut," katanya disertakan dengan emoji menjelir lidah. 


Kenyataan Ezzat Tahir itu mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan dia gagal memahami kes tersebut. Lebih menambahkan bara api, Ezzat Tahir juga membalas komen-komen tersebut membuatkan netizen bertambah geram. 


"Ketika dirogol gadis itu dipaksa atau dipukul? Takde pula dalam laporan polis begitu. Memang masih jenaka kisah ni. Dirogol berkali-kali di lokasi yang berbeza-beza dan tidak pula dipukul atau dijadikan tawanan. 


"Bercakap menuduh sebelah pihak memang mudahlah bila nak bercakap. Hanya kerana beliau berumur, maka beliau bersalah. Itu dalam undang-undang kerajaan. Dalam senario sebenar siapa yang tahu. Mak ayah tak berikan didikan agama yang cukup, tak pula dipersalahkan," katanya. 






Majoriti netizen kesal dengan kenyataan pengerusi kem tahfiz yang gagal memahami konteks rogol yang melibatkan mangsa bawah umur. 






Bagaimanapun, semakan di Facebook mendapati, Ezzat Tahir telah memadamkan semua statusnya dari tatapan umum selepas dikecam teruk oleh netizen. 


Sumber: Facebook Ezzat Tahir, Oh My Media



from The Reporter https://ift.tt/3fJTSjd
via IFTTT