'Nak mengurut konon...' - Janda anak lima dicekup berkhalwat dengan lelaki Bangla di motel Kulim

Foto Harian Metro


Seorang wanita berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam serbuan pihak berkuasa pada jam 12.40 tengah malam kelmarin. 


Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, janda terbabit memberi alasan hanya datang untuk mengurut lelaki Bangla itu dalam bilik motel berkenaan.


Difahamkan, wanita itu merupakan penduduk tempatan dan mempunyai lima anak. Manakala lelaki Bangladesh itu pula berusia 30-an dan menetap di Sungai Petani. 


Ketika penguatkuasa meminta dokumen menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri, mereka gagal berbuat demikian. Pasangan yang disyaki berkhalwat itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan. 


Sementara itu dalam pemeriksaan berasingan, seorang lagi lelaki dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang tiada ikatan suami isteri di sebuah bilik motel yang sama pada jam 1.10 pagi. 


Lelaki berusia 25 tahun berasal dari Perak itu didapati berdua-duaan bersama pasangannya berusia 24 tahun dalam bilik tersebut. 


Mereka juga gagal menunjukkan dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. Akibatnya, mereka ditahan untuk tindakan lanjut. 


Kedua-dua kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah KEdah 2014 kerana disyaki berkhalwat, yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/7AKuwIh
via IFTTT