Siti Nuramira akan dibebaskan dari tahanan polis selepas kutipan derma untuk bayar ikat jamin mencukupi
Foto The Vibes |
Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam semasa membuat persembahan komediri di Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur mungkin akan dibebaskan dari tahanan poli selepas memperoleh derma RM20,000 untuk membayar wang jaminan.
Peguamnya, R. Sivaraj berkata kepada portal The Vibes bahawa, kutipan sumbangan dari orang awam setakat ini telah berjaya mengumpul sebanyak RM15,000, sejak inisiatif itu dilakukan bermula Jumaat lalu.
"Pada waktu ini, saya percaya kita akan mempunyai RM20,000 yang diperlukan untuk Siti Nuramira untuk membayar ikat jamin esok," katanya.
Beliau juga berkata, pasukannya berhasrat membayar ikat jamin untuk Siti Nuramira terlebih dahulu sebelum mengumpul dana awam untuk membebaskan pasangannya, Alexander Navin Viajayachandran, yang juga memerlukan RM20,000.
Tambahnya, dana tersebut akan dipindahkan kepada penjamin kepada Siti Nuramira sebaik saja jumlah yang dikehendaki itu terkumpul.
The Vibes sebelum ini melaporkan, Siti Nuramira dan pasangannya itu akan dibantu oleh Lawyers for Liberty (LFL) untuk membantu pasangan itu mengumpul dana yang diperlukan.
Akaun bank LFL juga akan digunakan untuk tujuan pengumpulan dana tersebut dan menjelaskan tujuan jaminan dilakukan bukan untuk menghukum mereka tetapi bagi memastikan mereka hadir pada perbicaraan mahkamah yang berikut.
Pasangan itu sebelum ini merayu bantuan kewangan bagi membayar ikat jamin yang dikenakan mahkamah selepas mereka gagal membuat pembayaran tersebut pada Rabu lalu.
R. Sivaraj berkata, ramai yang menyatakan minat untuk menderma kepada pasangan berkenaan dan kutipan awal yang berjaya diraih pada ketika itu adalah sebanyak RM3,000.
Rabu lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menghasut ketidakharmonian agama semasa melakukan persembahan komediri. Hakim Siti Amirah Ghazali membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.
Sumber: The Vibes
from The Reporter https://ift.tt/NVwWXko
via IFTTT