Anak batuk sejak 5 tahun lalu, rupa-rupanya tertelan bunga mainan & sangkut dalam kerongkong



Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan mainan plastik yang tersangkut di kerongkongnya selama lima tahun, lapor Daily Mail


Marley Enjakovic, 8, dari Adelaide, dikatakan tertelan bunga kecil itu beberapa tahun lalu yang menyebabkan dia kerap batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. 


Selepas didiagnosis beberapa kali dan simptomnya semakin menjadi-jadi, doktor akhirnya berjaya mengesan mainan tersebut tersangkut di saluran pernafasannya. 


Pada Disember lalu, Marley mengalami batuk yang sangat teruk dan sukar bernafas, lalu dikejarkan ke hospital. Marley dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana pakar bedah menemui bendasing tersebut dan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya. 


Menurut ibu bapanya, Marley hanya mampu bercakap beberapa patah perkataan sahaja, sebelum bendasing itu dikeluarkan dari kerongkongnya, sekali gus memulihkan saluran pernafasan dia. 


Apabila ditanya bagaimana rasanya ada mainan plastik tersangkut di kerongkongnya, Marley menjadi 'Tiada'. 


Ibu Marley, Skye berkata, anak lelakinya mula mengalami batuk ketika makan dan keadaan menjadi semakin teruk selepas beberapa jam kemudian. Keadaan itu membuatkan Marley tidak dapat bermain bola keranjang dan bole sepak kerana pernafasannya tidak stabil. 


Skye diberitahu anaknya mengalami asma tetapi dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi batuk itu datang ketika Marley sedang makan dan minum. 


Setelah diberitahu mengenai penemuan bunga plastik itu, Skye terkejut dan dalam masa sama turut lega. 


"Jujurnya saya terkejut dan lega. Selepas tiga tahun menhadapi masalah itu, akhirnya kami mendapat jawatannya. Kebimbangan utama saya pada ketika itu, menyangka dia dilahirkan dengan keadaan seperti itu. Sebab kalau dia dilahirkan sedemikian, dia akan menghadapi masalah-masalah lain ," katanya. 


Skye turut menasihatkan ibu bapa tidak menunggu terlalu lama untuk mengambil tindakan awal sekiranya mendapati anak menghadapi masalah seperti itu.



from The Reporter https://ift.tt/PZsJ9wk
via IFTTT