'Baliklah Norshahzrin' - Ibu rayu orang ramai cari anak perempuannya yang dipercayai lari ikut mat motor
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai telah melarikan diri dari rumah bersama seorang kenalan lelaki yang menunggang motosikal, di Batu Pahat.
Siti Azizah Mohd Mazlan, 40, ibu kepada remaja, Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz, berkata, dia anya menyedari anak sulungnya dari tiga beradik itu hilang pada jam 5 pagi 11 Ogos lalu.
Dia mengesyaki anaknya yang bersekolah di SMK Tongkang Pecah, keluar dari rumah sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi kerana dia dan suaminya masuk tidur jam 12.30 tengah malam.
"Pemeriksaan di dalam bilik tidurnya mendapati, along hanya membawa sepasang pakaian dan wang tunai kira-kira RM100. Manakala ketika keluar rumah, dia dipercayai memakai seluar track suit berwarna hitam serta baju T pasukan bolasepak berwarna merah," katanya memetik laporan dari Kosmo Online.
Wanita itu menafikan berlaku perselisihan faham di antara mereka, namun sejak kebelakangan ini, Norshahzrin kerap mengurung diri di dalam bilik setiap kali selepas pulang dari sekolah.
Mereka sekeluarga kini sedang giat mencari remaja itu di sekitar kawasan kampung dan bandar Batu Pahat. Usaha bertanya dengan kawan-kawannya juga telah dilakukan, tetapi tiada yang dapat tampil membantu.
Justeru, Siti Azizah meminta orang ramai yang ternampak anak perempuannya segera menghubungi suaminya, Mohd Hafiz, di talian 018-7655419 atau menghubungi balai polis berhampiran.
from The Reporter https://ift.tt/0vXo7Q6
via IFTTT