'Kau yang paling excited nak pergi konvoi' - Peserta RXZ Members 4.0 maut dalam kemalangan di LPT2



Hasrat berkonvoi bersama rakan-rakan tidak kesampaian apabila seorang peserta program RXZ members 4.0 dilaporkan maut selepas motosikalnya terbabas di Kilometer 397.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Ajil, Kuala Berang, awal pagi semalam. 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Mohd Nazli Dasuki, 40, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. 


Siastan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Kampung Batu 5, Sungai Tulang, Selangor, bersama dengan 19 rakannya berkonvoi untuk menyertai program RXZ members 4.0 yang adakan diadakan di perkarangan Stadium Gong Badak, hari ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.


Mangsa berlepas dari Tanjung Karang, Selangor kira-kira jam 6 petang kelmarin dan apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di jalan raya pada jam 3.30 pagi. 





Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sementara itu rakannya berkata, mangsa sangat teruja untuk menyertai program tersebut dan mereka semua tidak menyangka Nazli terbabit dalam kemalangan. 


"Allahuakbar. Kau yang paling excited nak pergi. Dari zero to hero jadikan sebiji RXZ. Kau yang paling last gerak. Kau dah sampai Terengganu pagi ni, tapi petang nanti kawan-kawan akan bawak kau balik. Al-Fatihan untuk sahabatku Nazli Dasuki," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/X0fBKP8
via IFTTT