'Koyak teruk hari ni, tiada seorang pun nak bagi laluan' - Lelaki kesal tak diberi peluang guna lif walaupun bawa stroller & isteri hamil
Kebiasaannya di mana-mana pusat beli-belah akan memberi peringatan kepada para pengunjung bahawa perkhidmatan lif perlulah diberi keutamaan kepada pengunjung kategori warga emas, ibu bapa dengan anak dan stroller, dan warga Orang Kurang Upaya (OKU).
Peringatan yang telah diberi sejak sekian lama namun sehingga ke hari ini masih ada yang tidak mengamalkannya. Malah, ada yang sanggup 'buat bodoh' apabila diminta memberi ruang/peluang kepada golongan yang memerlukan untuk menggunakan lif.
14 Ogos lalu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya berhubung insiden yang berlaku di pusat beli-belah Suria KLCC di mana pengunjung yang menggunakan lif enggan memberi peluang kepada dia bersama dengan anak kecil dan isteri hamil.
"Koyak teruk hari ni. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant, tak ada seorang pun bagi laluan. Padahal semua muda-muda, bawa shopping bag je, bukan stoller atau warga emas.
"Lama sangat menunggu, last-last kami mengalah. Lipat stroller, dukung anak, turun guna eskalator," kata lelaki itu yang menggunakan nama Ameenazizul.
Ciapan tersebut kemudian mendapat banyak perhatian netizen. Tetapi salah satu ciapan balas dari netizen yang menarik perhatiannya adalah, "Siapa suruh kau buat anak bang" - @moonlightbay_, tanpa sebarang rasa bersalah.
Menurut Ameenazizul, dia pada ketika itu sudah menegur dan meminta diberikan peluang untuk menggunakan lif dengan cara baik disebabkan mereka membawa stroller dan isterinya hamil lima bulan.
"Kami dah tegur dan dah cakap elok-elok minta bagi laluan sebab kami bawa stroller dan isteri hamil lima bulan. Tapi memang tiada seorang pun nak keluar dari lif dan buat tak tahu.
"Saya kata saya koyak bukan sebab penat, tetapi sebab saya amat berharap dengan sikap timbang rasa dari orang kita sendiri," jelasnya.
Walaupun penjelasan sudah dibuat, namun masih ada netizen yang bertindak menyalahkan Ameenazizul yang membawa keluarganya ke pusat beli-belah pada hujung minggu. Lebih teruk lagi, segelintir pula beranggapan individu sudah berkeluarga atau bujang masing-masing mempunyai hak untuk menggunakan lif.
Mesej tweet dah betul tapi bila ada bunyi entitlement tu yg buat org tak setuju. Bujang atau ada anak, dua2 ada hak guna lift.
— ADamDryx (@ADam_Dryx) August 20, 2022
Reverse POV pulak, klu buka2 pintu lift penuh dgn stroller jer, mesti akan ada org yg bawak barang shopping byk akan tweet yg sama.
orang ade anak ni memang akan rasa dia terpaling betul dari kita yang takde anak ni huhuhu
— dumbouw (@mentalrupture) August 21, 2022
Nak harapkan apa bang? Orang dari bawah nak naik atas lepastu nampak abang dengab stroller terus nak bagi laluan?? Guna sikit otak cerdas tu lift hujung kanan dengan kiri kat klcc tu ada sediakan untuk orang macam kau. Dah salah guna lift lepastu nak meradang kat twitter. LOL
— jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj. (@imnfq_) August 20, 2022
Ciapan-ciapan kurang cerdik dari individu yang mementingkan diri itu kemudian dibidas oleh netizen.
Kenapa ea ramai reply mcm takda common sense. Nak naik lift memang kena cakap tiap masa ea "cik bagi laluan ibu mangandung, oku, orang tua etc yada yada" Korg faham tak common sense?? Dah nampak tapi pura2 buta. Nak jugak kena perli. Idiot
— ila 🌷 (@fadzilahsazali) August 20, 2022
For those yg tak ada common sense. Anak itu anugerah dari Tuhan. Kau rancang ke tak, tanggungjawab untuk jaga.
— JPGfinal (@jpegdocu) August 20, 2022
Jaga baby ni tugas yg memenatkan. Tapi itulah tanggungjawab. Cara nak clear the mind dgn keluar berjalan. Tp aku taknak explain jauh sbb kau tak ada anak takkan fhm.
Dengan membaca komen" di sini, aku dah faham dh kenapa Malaysia masih tak maju" sebab majority nya mentality kelas ke3. Benda common sense pon nak kena di tegur dan di beri arahan baru nak ambil tindakan. Macam paku, nak kena diketuk setiap kali.
— Sheikh Abdul Nadzreen (@NadzreenSheikh) August 20, 2022
So now isu ni plak? Benda dah berzaman and sepatutnya semua manusia kena faham la. Takkan yg naik stroller g guma escalator ? tergolek jatuh boleh tanggung ke? Ok find nak guna lift persilakana la tapi kena ada common sense, bg yg guna stroller or wheelchair naik dulu.
— myoui. (@jighaaa4) August 20, 2022
The replies are pissing me off. Obliged to gv way or not, stroller or not, yang muda2 ni apa masalah korang desperate sgt nak naik lift? Klcc tu bukan 10 tingkat pun cb. Escalator pun straightfoward centered style, bukan kena pusing2.
— spuh (@spa2luh) August 20, 2022
Psl naik lift pon rmi nk bergado 😂 Parents setuju dgn statement ni, yg bujang melenting sbb knp perlu bg priority. Common sense je weh.. plg pelik boleh plak persoal "knp bw baby ke mall" aduuh... Letih la hadap org mcm ni hari2 mat...
— Siti Farahani (@Siti_Farahani) August 21, 2022
Sumber: Twitter @Ameenazizul
from The Reporter https://ift.tt/AtX1Sfr
via IFTTT