Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya hari ini mengesan video berdurasi 28 saat itu yang dimuat naik pemilik akaun Twitter yang dua anggota polis didakwa memukul seorang individu menggunakan objek menyerupai kayu di kawasan laluan anak tangga di sebuah bangunan.
"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas. Polis menafikan sekeras-kerasnya ada mengasari suspek yang ditangkap kerana selepas ditahan, suspek berada dalam kawalan polis dan memberi kerjasama sepenuhnya," menurut beliau dalam kenyataan malam ini.
@SPRMMalaysia Kes Polis daerah Manjung Belasah seorang lelaki
— Mac Selvam (@MacSelvam) August 12, 2022
tanpa hati nurani sehingga kedua-dua kaki patah . Kes tersebut berlaku di daerah manjung iaitu dalam video tersebut segelintir anggota telah memukul seorang warga India lelaki. Selepas insiden ini dia telah menahan. pic.twitter.com/tfHxW7n3xA
Mengulas lanjut, Nor Omar berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, polis mengesahkan insiden itu berlaku di Seri Manjung semasa pihaknya melakukan serbuan ke atas suspek yang dipercayai terbabit dengan kes dadah pada 10 Februari lalu.
"Semasa serbuan dibuat, suspek melarikan diri dengan terjun melalui tingkap di tingkat satu bangunan sehingga mengalami kecederaan di bahagian tumit kaki dan suspek berjaya ditangkap polis dan dibawa semula ke bangunan untuk pemeriksaan lanjut.
"Justeru itu, polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan," katanya.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/xruvWpT
via IFTTT