'Pondan rupanya, patutlah berani lain macam...' - Disebabkan wanita jadian muncul di KFW, Aman Central terpaksa memohon maaf
Baru-baru ini tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian mencolok mata di majlis Kedah Fashion Week (KFW22).
Program yang berlangsung di pusat beli belah Aman Central itu dikritik oleh netizen yang menganggap penganjuran program berkenaan tidak bersesuaian. Netizen turut mempersoalkan tindakan pihak kerajaan negeri dalam menangani isu ini.
Walaubagaimanapun, individu tersebut dikatakan adalah seorang tetamu dan bukannya model. Dikatakan juga, lelaki berperwatakan wanita itu merakamkan gambar di bahagian pentas selepas tamat program berkenaan.
Rentetan dengan penularan gambar berkenaan, pihak Aman Central telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.
"Pihak kami kesal dengan perkongsian foto dari salah seorang tetamu yang telah hadir ke Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) di mana gambar beliau tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.
"Pihak kami kesal di atas segala kesulitan yang berlaku dan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini.
"Acara ini adalah acara tahunan setiap tahun dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak lain," katanya.
Aman Central juga menjelaskan penganjuran acara ini diadakan pada setiap tahun dan merupakan penampilan semula selepas dua tahun di mana acara dibatalkan pada tahun tahun sebelumnya ketika negara dilanda pandemik.
Acara ini juga diadakan bagi mempromosikan pakaian dan jenama-jenama di Aman Central di samping memperkenalkan pereka-pereka tempatan untuk mempromosikan Aman Central.
Pihak penganjur juga telah mendapat kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum majlis dijalankan.
"Acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama oleh pereka-pereka tempatan di mana KFW menjadi sebuah platform rasmi dalam kalangan pereka fesyen.
"Pihak kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak," katanya," katanya.
Sumber: Aman Central, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/ZqHe7dF
via IFTTT