(Video) 'Emak nak balik tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata' - Warga emas hilang selepas keluar cari sisa daun kelapa sawit
Seorang wanita warga emas dilaporkan dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang.
Menurut anaknya, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya, Painah Siwan, 79, yang mempunyai masalah sakit lutut keluar mencari sisa daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi tetapi tidak pulang ke rumah sejak 10 Ogos lalu.
"Tak sangka boleh hilang, seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar dari kawasan kebun itu," katanya.
Ketika keluar, ibunya dikatakan memakai baju berwarna hitam bergaris putih, seluar biru gelap dan hanya memakai anak tudung sahaja. Sadiah amat berharap ibunya dapat ditemui semula dalam apa jua keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan seramai 187 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi.
Pihaknya juga dilaporkan ada menemui kesan-kesan leraian sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian, tetapi tidak masih belum menemui Painah.
Menurut Sadiah, ada pihak yang arif dalam agama turut datang membantu mencari ibunya yang dikatakan masih berada di kawasan itu tetapi tidak mampu menjelmakan diri di dunia nyata. Bagaimanapun keadaan ibunya masih selamat di alam ghaib.
"Ada juga pihak yang arif dalam agama datang membantu mencari emak dan menyatakan emak masih berada dalam keadaan selamat di alam ghaib.
"Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik, tetapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata," katanya.
Turut tular di media sosial video seorang lelaki yang dikatakan anak kepada mangsa, ternampak ibunya dan cuba menariknya keluar dari alam ghaib itu.
@itacomely Subhanallah.sebak sgt2ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ sesungguhnya alam ini milik semua. ada dunia yg kta x nmpk dgn mata kasar. semoga mlm ni dia pulangkan wak dgn segera.bertahan wak💪ðŸ˜#oranghilang #kgparitkasehsenggarang #batupahat #fyp ♬ original sound - itacomely88
Menurut TikToker @itacomely, "Dah jumpa tapi anak dia tak dapat tarik maknya. Last-last terlepas dari genggaman. Anaknya yang seorang ni je yang nampak. Anaknya sekarang dihantar ke hospital sebab lemah dan pengsan tadi".
Sumber: Harian Metro, Kosmo
from The Reporter https://ift.tt/w7sYyjC
via IFTTT