‘AirAsia dah melampau! Kau tukar duit aku jadi voucher & bila nak guna ada terms & condition pulak!’ - Pengadu



Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa pihak industri penerbangan mengambil berat terhadap aduan yang dibuat oleh penumpang. 


Pengerusi Eksekutifnya, Saripuddin Kasim berkata, pihaknya menerima 1,251 aduan pada suku kedua 2022, peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 157 laporan untuk tempoh yang sama pada 2021. Namun ketika itu, Malaysia masih menutup sempadan antarabangsanya. 


99.1 peratus aduan berkaitan dengan syarikat penerbangan dan bakinya membabitkan lapangan terbang. 


"Dari Januari hingga Jun 2002, AirAsia menerima duan paling tinggi iaitu 42.1 peratus dari keseluruhan aduan, diikuti dengan MAS 40.7 peratus dan Batik Air 7.95 peratus. 


"(Aduan membabitkan) penjadualan semula, pembatalan penerbangan dan tempahan tiket dalam talian menyumbang kepada 46.1 peratus dari keseluruhan aduan," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today pada Isnin, 19 September 2022. 


Baru-baru ini juga, seorang pengguna Twitter, Fara Tarmizi, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan AirAsia yang didakwa memulangkan wangnya dalam bentuk baucar berbanding tunai selepas pengadu membatalkan penerbangannya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu. 


"Kali ini AirAsia memang dah melampau. Aku memang tak boleh sabar lagi dengan diorang. Kau orang (AirAsia) ni memang nak mengena customer ke s**l! Duit aku yang kau turn jadi voucher tu bila nak guna, ada  terms and condition pulak! Woi itu duit aku tau! Tolong viralkan, melampau sangat!







"Semuanya bermula apabila saya nak guna voucher yang diorang bagi sebagai ganti flight cancel masa pandemik. Bila minta refund, tak bagi. Suruh ambil credit account. Lepas dah jadi credit account, tiba-tiba tukar jadi baucar dan akhirnya dapat emel ini. Dalam emel ada sertakan ayat ini: 





"So bila macam rasa save nak  travel, so saya decide nak purchase tiket fly travel. Dah purchased seronoklah dengan kawan tapi bila key in baucar hanya boleh guna RM3,558 instead amount duit refund yang sebenar. Baki dalam baucar tu ada RM170.92, nak guna buat apa lagi," katanya. 




Menurut Fara, dia sudah kerap mengadu mengenai perkara itu dengan pihak AirAsia, namun tiada jalan penyelesaian yang diberikan. Apatah lagi, cubaan untuk menghubungi ejen syarikat penerbangan tambang murah itu amat sukar. 


"Tuhan je tahu betapa marahnya saya. Duit kita cari, tak dapat balik. Nak guna, kena ikut terms (AirAsia) pula. 


"Bila reply, diorang kata kalau ikut terms and condition complimentary voucher hanya cover based fare. Masalahnya voucher itu bukan complimentary voucher dari diorang, itu adalah duit saya sendiri. 


"Cuba bayangkan, duit sendiri jadi baucar. Lepas tu ada tarikh luput! Kalau tak digunakan, burn macam tu sajalah. Memang makan duit macam tu sajalah diorang AirAsia ni. Nampak tak expiray date tu! Geram ke tak," ujarnya. 




Susulan tweet tular itu, ada beberapa individul tampil mendakwa pernah mengalami nasib yang sama dari syarikat penerbangan itu. 


Netizen menasihat pengadu dan mereka yang mengalami masalah yang sama tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa, termasuk Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan kembali wang mereka.


Sumber: Twitter Fara Tarmizi



from The Reporter https://ift.tt/Jl5EZFn
via IFTTT