(Audio) 'Hangpa tak layak digelar mak ayah!' - Remaja dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa dia telah dipukul oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka. 

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 6.33 petang Ahad lalu, 18 September 2022, mangsa terdahulu berjumpa dengan ibu kandungnya pada Sabtu jam 11 malam di Parit Buntar, Perak. 


Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka yang menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya. 


Tambah mangsa lagi, lelaki itu sekali lagi menendangnya di hadapan pintu rumah. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh rakannya pulang ke rumah bapanya. 


"Akibat dari kejadian itu, saya mengalami bengkak di bahagian pipi kiri, kepala, belakang badan serta kaki kanan dan kiri berasa sakit," kata mangsa.


Mangsa pada keesokkan harinya pergi ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan, termasuk pengelihatan matanya terjejas akibat dari kejadian itu.


Gambar-gambar dan audio mangsa menjerit ketika dipukul bapa tirinya kini tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap bapa tiri mangsa.




from The Reporter https://ift.tt/1APYRNJ
via IFTTT