Sejak semalam, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, dikecam netizen susulan video promosi program wanita dengan gaya gengster di media sosial.
Netizen mendakwa, tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan martabat wanita, malah didakwa bagaikan tiada adab dalam mempromosi program rasmi kerajaan.
Rosyam bagaimanapun menjelaskan dia tidak berniat merendahkan martabat wanita dan netizen katanya perlu melihat video itu dari sudut yang positif.
"Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran kepada kaum wanita supaya bangkit dalam perniagaan. Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita," katanya.
Menggulas mengenai penggunaan perkataan 'bangun lambat' dan 'belasah', Rosyam berkata sekadar metafora yang digunakan kepada golongan usahawan, bukannya bermaksud mahu memukul atau merujuk kepada wanita yang bangun lambat.
"Bangun lambat, adalah sekadar kiasan untuk menggesa golongan usahawan wanita bangkit merebut peluang. Belasah itu pula bermaksud saya mencuci otak.
"Hanya mereka yang menyertai program in ifaham apa maksud saya dan tak ada masalah dengan perkataan itu," jelasnya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/ti13xga
via IFTTT