"Dewan Pemuda PAS Kelantan merasakan kebimbangan yang sama sementelah negeri ini telah mempunyai identiti adat dan budaya tersendiri dengan dasar 'Membangun Bersama Islam'.
"Anak-anak muda pastinya menjadi sasaran utama kepada siri-siri konsert serta hiburan diadakan dan hal inilah amat membimbangkan semua pihak termasuk golongan ibu bapa, pimpinan setempat dan kerajaan.
"Enakmen hiburan negeri Kelantan secara ringkas masih tidak membenarkan persembahan wanita berumur 15 tahun ke atas di pentas umum (persembahan wanita hanya untuk audien wanita) dan segregasi peserta dengan tiga tempat duduk iaitu lelaki, perempuan dan keluarga," katanya.
Difahamkan, Konsert Riuh Sokmo! bersama Celcom dianjurkan dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh dan padang Sekolah Seri Ketereh pada 16 hingga 18 September lalu yang menampilkan artis tempatan seperti Wings, Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Dilaporkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung ke Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) edisi keempat itu.
19 Ogos lalu, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyelar penganjuran konsert mega yang diadakan di negara ini dan tindakan itu didakwanya sebagai 'kerja gila menjemput kemurkaan Allah'.
Kenyataan itu dibuat tidak beberapa lama selepas Billie Eilish mengadakan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sumber: Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/ZK7tVuc
via IFTTT