Seorang lelaki berusia 40 tahun di Afrika Selatan digelar sebagai penjenayah paling bodoh selepas masuk ke balai polis untuk mendapatkan pekerjaan, walaupun tahu dia berada dalam senarai penjenayah dikehendaki.
Thomas Ngcobo telah hidup sebagai pelarian sejak tujuh tahun lalu selepas didapati mencuri produk perkakasan bernilai lebih dari $1,200 (RM5,442) semasa bekerja sebagai penghantar barang pada 2015.
Dia dilaporkan telah melakukan penghantaran barang ke alamat lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik dan terus melarikan diri sebaik sahaja pengurus menyedari beberapa invois hilang dan beberapa produk telah dihantar ke alamat yang salah.
Nama Ngcobo telah dimasukkan ke dalam senarai penjenayah yang dikehendaki polis selepas majikannya membuat laporan mengenainya.
Tetapi dia berjaya mengelak daripada ditangkap selama tujuh tahun dan sehinggalah ke hari kejadian dia datang ke balai polis seolah-olah seperti tiada rekod jenayah.
Jurucakap polis Mpumalanga, Brigedier Selvy Mohlala berkata, rakan-rakannya di balai polis binggung dengan kedatangan Thomas Ngcobo pada 15 Ogos lalu yang memohon untuk bekerja di balai tersebut sebelum ditahan.
Sejak berita penahanannya tular di media sosial, Thomas Ngcobo telah digelar sebagai 'penjenayah paling bodoh di Afrika Selatan'.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/LKaZ76b
via IFTTT