'Sebelum berhenti, dia curi 13 pasang kasut, baju & spec banyak gile!' - Pengadu dakwa bekas staff Vans buat onar



Tular di media sosial gambar seorang wanita yang didakwa mencuri sejumlah besar barangan di premis majikannya sebelum berhenti kerja. 


Menurut maklumat yang tular di media sosial sejak pagi Khamis, 22 September 2022, suspek disyaki melakukan perbuatan itu bersama dengan teman lelaki dan kakaknya.


Difahamkan, perbuatan suspek telah dirakam kamera litar tertutup dan pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 




"Ini perempuan dah buat taik. Kau kalau nak berhenti, buat cara baik. Aku dah lama simpan cerita ni. Perempuan ini bekas kakitangan Vans. Dia dah kerja lama, kira-kira dua tahun lebih. Selepas itu, dia berhenti pada Julai lalu. 


"Sebelum berhenti, dia ada curi kasut di kedai. Dia buat kerja itu dengan teman lelakinya. Bukan sikit ye, lebih 13 kotak kasut dicuri, termasuk baju, seluar dan spec banyak gila. 


"Eh perempuan, benda dah kantoi, tak payah nak larilah. Dah jadi kes polis. Itulah, kau ingat aku bodoh, tetapi kau tu yang bodoh. Geramlah aku," kata pengadu. 


Turut disertakan, gambar teman lelaki suspek yang dikatakan menyamar sebagai pelanggan pada hari kejadian tetapi tidak membuat sebarang di kaunter. Selain lelaki itu, suspek juga melakukan jenayah itu bersama kakaknya menggunakan modus operandi yang sama. 





Lebih ketara lagi apabila suspek memakai barangan curi itu dan menayangkan gambar dirinya di media sosial. 




"Dari video inilah dia kantoi sebab kasut yang dipakai itu, di dalam sistem ada lagi, tetapi dalam stor tiada saiz tujuh. 


"Dulu dia pernah reserve kasut saiz tujuh dari situ. Aku dah agak dia macam ada curi. Serius aku ingat dia curi satu kasut ini sahaja. Rupa-rupanya banyak kasut yang dia ambil," kata pengadu. 


Dalam satu video TikTok yang dikongsikan netizen mendapati, suspek pernah memberitahu dia mahu berhenti kerja kerana gajinya tidak pernah naik sepanjang tiga tahun bekerja. 


Sumber: Twitter Rynnaa2



from The Reporter https://ift.tt/vSUET1F
via IFTTT