(Video) 'Kalau tak suka dengan minat anak pun, jangan terus bakar' - Remaja menangis, koleksi barangan K-pop miliknya dibakar oleh bapa
Seorang pelajar perempuan hanya mampu mengalirkan air mata apabila mengetahui semua koleksi barangan K-Pop yang dimilikinya habis musnah dibakar oleh bapa, tatkala dia berada di sekolah.
Menurut ibu kepada pelajar berkenaan, ada sebahagian barangan itu dibeli menggunakan duit sendiri dan hadiah daripada rakan-rakannya.
Sebaik saja pulang dari sekolah, remaja itu menangis kesedihan dan tidak menyangka semua barangan kesayangannya itu telah dibakar tanpa pengetahuannya, apatah lagi bertanya kepadanya terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan drastik itu.
Setelah diberitahu mengenai lokasi koleksinya dibakar, remaja itu cuba mengutip semula sisa-sisa yang masih tinggal.
"Bila dapat tahu barang-barang koleksi kesayangan dia dibakar. Dia rasa sedih sangat sebab tak tanya dia dulu. Dia beli mahal katanya, ada juga yang kawan-kawan bagi. Tau-tau dah habis dibakar.
"Buku journal dia buat sendiri pun habis dibakar jadi abu. Tetap nak cari serpihan yang tinggal. (Kalau) tak suka dengan minat anak, beritahu dengan baik dan mungkin dia boleh terima. Bukan terus bakar macam ni. Minat saja, bukan taksub.
"Tengoklah apa barang dia yang kena bakar ni. Lepas ni jangan beli atau simpan barang-barang macam ni lagi. Sedih sungguh dia, kutip juga mana yang tersisa. Jadikan sebagai pengajaran," kata Cik Atienn.
if tak boleh jd parents supportive pun boleh je kot slow talk before ambik tindakan nak bakar2 semua barang tu plus ada barang yg kawan dia bagi. if tak suka barang2 kpop dalam rumah, suruh lah jual balik ke or bagi dekat org yg nak. pic.twitter.com/0ZuAUY9wpG
— elle is seeing txt soon (@tinybamtyun) September 23, 2022
Sementara itu di media sosial, video itu menerima banyak reaksi netizen yang bersimpati dengan remaja berkenaan. Tetapi, tidak kurang juga yang menyokong tindakan bapanya.
"Kalau tak boleh jadi ibu bapa yang menyokong minat anak-anak, boleh perlahan-lahan nasihat sebelum ambil tindakan nak bakar semua barang tu yang sesetengahnya dihadiahkan oleh rakannya. Kalau tak suka barang-barang K-Pop dalam rumah, suruh jual semula atau beri kepada mereka yang mahukan barang itu.
"Zaman remaja dulu pun ada yang suka kumpul majalan, poster rock kapak, komik-komik. Cuma bezanya sekarang, ramai yang minat kumpul merchandise K-Pop dan tiba-tiba hobi mengumpul ini jadi lalai.
"Takut anak lalai, bakar konon untuk kebaikan anak. Tetapi tak fikir perasaan anak. Dia cakap anak dia baik, untuk sekarang memang baik. Buatnya budak itu pendam perasaan tak elok juga. Bagaimana kalau hanya benda itu yang buat dia happy? Tak dapat bayangkan perasaan dia sekarang, nak marah dan memberontak pun tak boleh," kata Elle.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat si bapa bertindak demikian bersebab dan tidak salah membendung sesuatu lebih awal sebelum ia menjadi lebih parah di kemudian hari.
"Saya sokong. Elok dibendung daripada besar nanti menjadi taksub. Rasa kalau tak sebab melampau, ayah dia tak bakar pun. Tetapi mesti ada sebabnya, mungkin sebab membazir atau keputusan ujian teruk sangat kerana terlalu taksub dengan dunia K-Pop, melawan ke, maka mendapatlah," kata Zarifa.
"Ye, sebab nak elakkan budaya lagha puja artis ni. Sebab bila dah start minat, lama-lama jadi fanatik. Aku dulu simpan gambar Dafi AF, kena marah dan poster dikoayak. Dia cakap, daripada kau simpan gambar orang, kau letak ayat al-Quran di dinding lagi bagus. Dah la solat culas, mengaji entah bila tahun, lepas tu nak minat-minat artis. Deep, sampai sekarang aku ingat," kata Bella.
"Untuk kebaikan masa depan anak, ayah terpaksa berbuat demikian. Selalu kita akan fikir balik mak ayah yang garang dulu la buat kita jadi orang sekarang ni. Walaupun perit, tetapi kebaikan ada untuk anak. Biar menangis sekarang, jangan kemudian. Lagipun siapa kita nak mencampuri urusan keluarga mereka," kata Marhaen.
Sumber: TikTok Cik Atienn
from The Reporter https://ift.tt/oChln9F
via IFTTT