Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu, tetapi pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.
"Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini. Jika (suspek) dapat dikesan dan ditangkap, kita akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang.
"Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku pada 21 September di sebuah residensi di Wangsa Maju," katanya.
Difahamkan, video itu ditularkan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) selepas menerima maklumat dari orang awam.
Polis sedang mengesan individu yg bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dgn anak panah di sebuah residensi di Wangsa Maju.
— MyWatch (@My_CrimeWatch) September 24, 2022
Kejadian pada Rabu lalu turut dirakam seorang individu serta dikongsi oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam media sosial. pic.twitter.com/Kyz8p8WxXH
Saksi mendakwa dia ternampak suspek mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing terbiar sebelum bertindak memanah haiwan itu sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Saksi kemudian mencari haiwan itu dan mendapati anjing berkenaan sudah tidak bernyawa dengan anak panah tertusuk di bahagian kepalanya.
Sumber: Kosmo, SAFM
from The Reporter https://ift.tt/4HjWt6A
via IFTTT