Seorang lelaki ditahan polis kerana didakwa membelasah adik perempuannya sehingga cedera dalam kejadian malam kelmarin.
Ketua Polis Daearh Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.
Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 11 malam dan mangsa berusia 24 ketika itu sedang memasak di dapur.
Bau dan asap masakannya itu kemudian memasuki bilik suspek yang berada di sebelah dapur, menyebabkan lelaki itu berang lalu keluar dan menutup pintu bilik dengan kuat, lalu memaki hamun mangsa.
"Suspek juga bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagia muka mangsa sehingga cedera dan patah gigi," katanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.
Bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menahan suspek pada awal pagi semalam.
Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/DGC9BI2
via IFTTT