Baru-baru ini, Caprice mendedahkan ada beberapa individu mendakwa mereka pernah menjadi mangsa PU Azman yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Individu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kim, turut menunjukkan video bukti perbualannya bersama PU Azman. Kim pada awalnya hanya mahu memdiamkan diri mengenai insiden itu. Tetapi memandangkan PU Azman telah diheret ke mahkamah, Kim berpendapat perkara itu perlu didedahkan kepada umum.
Susulan pendedahan itu, Caprice memaklumkan dia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
"Alhamdulillah, semakin ramai mangsa-mangsa baru sudah berani (tampil) ke depan. InsyaAllah Cap akan bawa bukti-bukti dan report-report mangsa baru kepada (PDRM) Bukit Aman, Unit D11 sebab kebanyakan mangsa adalah budak-budak lelaki bawah umur.
"Pedofilia adalah jenayah. Gangguan seksual adalah jenayah. Daripada nak guna alasan aib untuk suruh kita senyap, tolonglah fikir keadaan mangsa-mangsa di luar sana yang trauma sepanjang hidup mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya itu yang dianggap cuba mendahului pihak berkuasa dengan membuat siasatan sendiri.
PU Syed melalui Facebooknya berkata, "Pelik juga bila kes yang telah disiasat dan sedang dibicarakan di mahkamah, namun masih wujud puak-puak yang lama tak puas hati dengan ambe ni. Untuk desak ambe ulas isu PU Azman. Ini salah seorang dari mereka.
"Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak dok up 'siasatan sendiri' dengan mengatakan ada 'mangsa' yang mengadu sendiri kepadanya. Untuk selingan, buat Caprice, urus aurat isteri dahulu, baru layak jadi Tiger of Al-Quds!" tulisnya.
Kenyataan PU Syed itu mengundang ketidakpuasan hati Caprice kerana mengaitkan isterinya yang tiada kena mengena dalam isu yang dibangkitkan.
"Apa kaitan kes jenayah PU Azman dengan tiba-tiba nak petik bini Cap?
"Cap bagi PU Syed 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kaitkan bini Caprice dengan kes jenayah seorang PU. Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pulak kat sini. Tak ada kaitan, jangan start. Or else kita pun boleh start," katanya.
Difahamkan, Caprice juga telah menghubungi PU Syed melalui aplikasi WhatsApp untuk menuntut penjelasan dan permohonan maaf terhadap isterinya.
Sebelum itu, Caprice sempat mendedahkan sedikit mengenai cara seorang PU mengorat kuam wanita di media sosial.
Sumber: Instagram Caprice, Facebook PU Syed
from The Reporter https://ift.tt/7FE6wes
via IFTTT