'Customer dari neraka' - Homestay hancur selepas dihuni oleh pelanggan berkeluarga



"Customer dari neraka," demikian kata Nur Izzati Nadia, yang kesal dengan sikap pelanggan yang sudah berkeluarga menginap di dua homestay milik majikannya baru-baru ini. 


Nadia yang berkerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner) terdahulu berkongsi mengenai keadaan homestay yang huru hara di akaun Facebooknya, angkara penginap yang tidak bertanggungjawab. Hal itu menyebabkan dia terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan yang memakan masa selama tiga jam.


"Hampa ingat senang ka jadi cleaner? Bila dapat customer buat rumah, tapi macam masuk hutan. Haa macam inilah jadinya. 


"Suka-suka hati ubah kedudukan perabot, sudahlah tidak reti kemaskan semula, sampah sendiri tak reti nak buang dan kotorkan rumah orang. 


"Dia ingat dia dah bayar, dia boleh berbuat sesuka hati dia? Betul-betul tak ada adab! Sakai! Spoil mood terus," katanya. 


Difahamkan, urusan menduduki homestay tersebut tidak menggunakan sebarang dokumen perjanjian. Sebaliknya, hanya bayaran deposit sebanyak RM100 sahaja yang perlu dibayar. 


"Selalu ambil deposit untuk kerosakan dan masalah seperti ini. Tetapi deposit RM100 sahaja. Majikan saya beritahu pelanggan, deposit RM100 itu terpaksa diambil sebagai ganti rugi atas sebab sekian-sekian. Siap tunjukkan bukti sekali," katanya ketika membalas pertanyaan rakannya di ruangan komen. 


Bagaimanapun, deposit RM100 itu tidak setanding dengan apa yang telah dilakukan oleh penginap terbabit. 


Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, bahagian dapur penuh dengan sampah sarap bertimbun, keadaan lantai yang kotor, sisa makanan dan cawan kotor di atas meja makan, hiasan dinding telah ditanggalkan, tilam yang diangkut keluar dari bilik, sofa ruang tamu dialihkan ke balkoni, tiang meja patah, kek aiskrim dibiarkan cair dalam peti ais, microwave kotor dan banyak lagi. 












Di ruangan komen, netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab penginap terbabit. 





Sumber: Facebook Nur Izzati Nadia

from The Reporter https://ift.tt/3MmwgfZ
via IFTTT