Mac lalu, Kerajaan Negeri Melaka merancang unuk membina jambatan dan terowong dasar laut yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.
Mengikut perancangan, projek itu akan mengambil masa empat hingga lima tahun dan membabitkan jarak 47 kilometer dari Masjid Tanah ke Dumai.
Semalam, Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Ab Rauf Yusof berkaa, pihak berkuasa dalam bidang pelaburan Indonesia sudah menyatakan persetujuan pada dasarnya mengenai cadangan itu, ketika pihaknya mengadakan kunjungan ke Indonesia baru-baru ini.
"Indonesia terima cadangan itu, insyaAllah kita akan buat dan apabila siap kelak, jarak perjalanan Melaka dan Malaysia ke Dumai, Indonesia hanya akan mengambil masa 40 minit," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kos projek dan memaklumkan projek itu membabitkan pelaburan pihak swasta yang mempunyai kepakaran dalam industri pembinaan jambatan dan terowong dasar laut.
Dalam pada itu, Rauf menasihatkan pemilik tanah di sekitar Telok Gong, Kuala Sungai Baru yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan jambatan, tidak menjual tanah masing-masing.
"Orang Telok Gong dan kawasan lain yang akan maju dengan projek itu seperti Brisu, Sungai Jerneh dan Simpang Ampat Alor Gajah, jangan jual tanah sekarang," katanya.
Pada 14 September lalu, Kerajaan Indonesia dilaporkan masih belum memberi sebarang respon terhadap cadangan projek iu kerana pihaknya pada waktu ini lebih mengutamakan hal ehwal dalaman negara.
Jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Indonesia berkata, pihaknya harus membuat kajian terlebih dahulu supaya dapat menjadikannya asas dasar negara.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
from The Reporter https://ift.tt/prnMt9z
via IFTTT