Foto Bomoh Bursa |
Beberapa bulan lalu, berita perkahwinan pakar saham terkenal, Datuk Dr Mohd Nazri Khan heboh diperkatakan. Hampir setiap hari netizen dihidangkan dengan kisah pasangan itu dan kemeriahan majlis perkahwinan mereka.
Nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK kembali hangat diperkatakan setelah tersebar pula dakwaan mengenai lesen DDNK telah digantung selama enam bulan oleh Suruhanjaya Sekuriti bermula 06 Oktober 2022.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, yang dikenali sebagai Bomoh Bursa.
Menurutnya, dia menerima panggilan daripada sahabatnya dari Suruhanjaya Sekuriti yang menyatakan lesen DDNK telah digantung.
“Tok rasa memang patut pun, selama ni entah kenapa kebal sangat, dia bohong sana sini. Dah la ajar cfd dan option yang haram. Market tutup pun boleh buat duit, hang nak sembang apa? Sah scammer punya sembang,” katanya.
Bomoh Bursa mengesyaki DDNK mempunyai kenalan rapat di dalam Suruhanjaya Sekuriti atau Menteri berikutan masih kekal sehingga kini.
Kes bertambah 'menarik' apabila timbul dakwaan yang mengatakan bekas isteri kepada DDNK yang membuat laporan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Sekuriti berkenaan aktiviti scammer DDNK.
Sumber: Bomoh Bursa
Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
from The Reporter https://ift.tt/lugCJbP
via IFTTT