Padah halau peniaga lain, makcik nasi lemak disaman pihak berkuasa?



Gara-gara menyerang peniaga lain sehingga videonya tular di media sosial, gerai nasi lemak milik seorang wanita berusia lingkungan 40-50 an didatangi pihak berkuasa. 


Menurut sumber, wanita terbabit telah dikenakan tindakan saman. Namun tidak dapat dipastikan saman dikeluarkan atas sebab apa. 


Tetapi di media sosial, majoriti netizen dilihat berpuas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit. 


Baca: 

  1. (Video) 'DBKL kata saya berkuasa kat sini, esok saya tak nak tengok nasi lemak awak di sini, faham?!' - Tular makcik halau peniaga baru kerana takut bersaing
  2. (Video) 'Saya remove video tu, makcik tu suruh member saya minta maaf, anak² dia cari saya sebab viralkan video tu'


Sebelum ini, wanita itu mendakwa dia telah diberi kuasa oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berniaga di kawasan itu dan boleh menghalau peniaga lain sesuka hati. 


Isu tersebut timbul berikutan dia tidak berpuas hati dengan peniaga baru yang mula berniaga di situ menjual makanan yang sama. 


Dalam video tular semalam, wanita berkenaan memberi amaran bahawa dia tidak mahu melihat peniaga itu menjual nasi lemak di situ lagi. 


Tinjauan yang dilakukan oleh seorang netizen prihatin pada pagi tadi mendapati, peniaga baru itu tidak lagi berniaga di kawasan itu. 


Setakat ini, DBKL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan wanita terbabit kononnya diberi kuasa oleh DBKL untuk berniaga di kawasan tersebut. 



from The Reporter https://ift.tt/4olrVby
via IFTTT