'Parti politik mana puan akan undi di PRU15 ini?' - Netizen dakwa mereka terima panggilan dari jentera BN
10 Oktober lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
UMNO memberi alasan, desakan mengadakan PRU15 itu dibuat kerana mahu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil, meskipun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menyarankan PRU15 diadakan pada November berikutan Malaysia diramal bakal dilanda bencana banjir besar.
Sejak pembubaran itu, parti-parti politik dilihat sedang giat berkempen, mengeluarkan kenyataan di media massa tanpa henti dan ini termasuklah menggunakan kaedah menghubungi penduduk tempatan secara terus.
Di Twitter, netizen mengakui mereka mendapat panggilan telefon dari parti politik yang bertanya mengenai parti yang mana menjadi pilihan mereka pada PRU kali ini.
"Baru sekejap Puteri UMNO Bahagian Kuantan telefon dan tanya "Parti politik mana yang puan akan undi pada pilihan raya akan datang?". Saya jawab saya keliru sebab biru ada dua, jadi saya pilih merahlah (Pakatan Harapan)," kata Nunu.
"Ya Allah, hari tu lagilah teruk. Tengku Zafrul punya team call time maghrib, jelas bunyi orang angkat takbir dan dia boleh lagi selamba buat survey. Saya layankan sajalah, pergi jauh sikit dari jemaah lain. Say yes yes je bagi harapan sikit kat Zafrul nak bertanding di Kuala Selangor," kata Mansau.
Menurut Paklang Tengah pula, anaknya menerima panggilan dari BN Tapah dan bertanya suka BN atau tidak. Anaknya menjawab tidak suka dan mengundang pertanyaan kedua mengapa tidak menyukai BN sedangkan BN memberi BR1M dan lain-lain.
"Anak saya jawab, tak tahu tetapi memang tidak suka," katanya.
Sementara itu, ada yang menasihatkan orang ramai tidak menjawab soalan itu kerana undi setiap rakyat Malaysia adalah rahsia dan parti-parti politik tiada hak untuk mengetahui perkara itu.
Sumber: Twitter Nunu
Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
from The Reporter https://ift.tt/2FA4UE1
via IFTTT