Barisan Nasional (BN) enggan mengadakan sebarang rundingan dengan PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu bukan kawan yang setia.
Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin PAS tidak berpendirian tetap menyebabkan BN memilih untuk bergerak secara solo pada PRU15 dan bergantung harap pada parti komponen untuk membantu BN kembali memerintah negara.
"Seharusnya PAS mempunyai pendirian teguh dalam membuat keputusan dalam menentukan kerjasama sebelum PRU15 kali ini. BN mahu kawan yang setia dan istiqamah selain yang sedia bersama susah dan senang bersama parti itu," katanya ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Dataran Serdang, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, Pas memaklumkan ingin berunding selepas pilihan raya, namun ketika itu sudah terlambat.
"Jangan runding selepas pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut. Rakyat sudah sedar dan akan beri kepercayaan semula kepada BN.
"Ketika itu apabila kita berjaya membentuk kerajaan, baru ada orang terhegeh-hegeh hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah terlambat," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3PuEjc2
via IFTTT