Foto The Vibes |
Perdana Menteri (sementara) Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di 3,000 pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) di Majlis Solidatiti Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Perak di Bagan Datuk semalam berkata, dia sepatutnya memecat 12 menteri kabinetnya.
Pemecatan itu patut dilakukan kerana tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) itu menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah pembubaran Parlimen.
Bagaimanapun, Ismail tidak berbuat demikian kerana dia adalah seorang yang baik dan lemah lembut.
"Patutnya saya pecat semua sekali (12 menteri PN). Tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan 'lembut'," katanya.
Menurut Ismail, sebelum pembubaran Parlimen dilakukan, beliau telah memaklumkan dalam mesyuarat kabinet terakhir, secara isyarat bayangan sebelum pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.
Malah katanya, 12 menteri PN berkenaan tidak wajar mempersoalkan tindakan permohonan pembubaran itu kerana ia dilakukan mengikut proses yang ditetap dalam Perlembagaan.
"Saya bawa dalam mesyuarat Kabinet supaya Kabinet tahu niat saya membubarkan parlimen. Memanglah ada pelbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan. Saya beritahu dia orang, kalau you all tak setuju, saya bubarkan sahaja kabinet ini," katanya.
Ismail juga berpendapat, pembangkang sepatutnya seronok apabila Parlimen dibubarkan tetapi yang sebaliknya pula berlaku apabila ada salah seorang pemimpin pembangkang tampil memfailkan saman terhadapnya.
"Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan tebuk atap, kerajaan tebuk dinding, kerajaan pintu belakang.
"Pelbagai tuduhan yang dibuat mereka tentang keabsahan yang ada pada hari ini. Kalau macam tu, elok kita bubarkan. Ini, (pembangkang) saman kita pula," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/eA2rONY
via IFTTT