'Tak boleh nak hadap menteri bodoh, team bebal, kementerian sengal' - Tular staff pejabat menteri luah rasa geram di LinkedIn


"Tak boleh hadap menteri bodoh, team bebal, kementerian sengal," demikian luahan seorang lelaki yang dipercayai kakitangan awam tular di media sosial, mengundang banyak reaksi netizen. 


Menurut lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai AAMS, 26, berkata, setelah beberapa bulan berkhidmat di pejabat menteri berkenaan, menimbulkan rasa serik untuk terus bekerja di sektor kerajaan. 


Difahamkan, AAMS ditempatkan di pejabat menteri tersebut atas usahanya sendiri tanpa menggunakan sebarang 'cable'. Sejak mula berkhidmat, AAMS nekad menyumbang idea dan membawa perubahan kepada sektor pertanian. Tetapi perasaan hampa datang melanda apabila perkara yang diharapkan itu tidak berlaku. 


"Saya boleh terus duduk di sana sambil goyang kaki dan menanti gaji di hujung bulan. Tetapi itu bukan pilihan saya. Saya mahu menyumbang idea dan membawa perubahan dalam sekto pertanian, sektor yang paling tenat untuk 10 tahun akan datang. 


"Sekali pun saya dituduh di mahkamah dan dipenjarakan (kerana membuat pendedahan di Linkedin), saya tetap reda dan bersyukur kerana tanggungjawab saya sudah selesai menegur yang di atas dan yakin saya akan dikurniakan kehidupan sejuta lebih baik selepas kematian," katanya. 


LUAHAN AAMS DI LAMAN LINKEDIN


"Menterinya kehulu kehilir rasmi program tiap hari, menghabiskan duit rakyat. Menanggung seorang menteri yang tak function sahaja berpuluh ribu.


"Ini baru seorang, belum lagi team beliau yang sememangnya bebal. Cuba tanya apa yang sebenarnya mereka lakukan selain menghabiskan duit rakyat," katanya. 


Selain itu, AAMS turut mempersoalkan budaya kerja yang lembab dan kaki kipas dari atas sampai ke bawah. Malah, data dan kajian yang menelan kos jutaan ringgit juga tidak diguna atau dimanfaatkan untuk membantu rakyat khususnya pada waktu pandemik. 


"Abang tak hairan kenapa UMNO tak angkat dia walaupun telah berkhidmat lama dalam UMNO. Sebab sememangnya tak pandai buat kerja. Beruntung dapat jadi menteri sebab Muhyiddin dah tak ada calon lain. Mungkinlah tu," katanya. 


AAMS menggesa rakyat bersatu mempertahankan industri pertanian dan industri makanan dan tidak meletakkan harapan pada pemimpin dan kementerian berkenaan yang pada pandangannya dua pihak itu perlu diajar serta diberi tekanan. 


"Tak kiralah siapa yang naik selepas ini, industri ini sangat kritikal dan perlu diasak oleh kita sebagai rakyat dan petani kecil. 


"Abang cabar menteri berkenaan untuk berdebat secara terbuka. Itupun kalau beliau berani walaupun abang yakin dia pengecut.





"Sudahlah, tak boleh hadap macam mana orang sebegini mahu mentadbir negara. Lagi tak boleh tahan, ramai anak muda bila masuk dalam sektor kerajaan terikut-ikut budaya mengipas. Nak kerja? Nak jawatan? Atau nak naikkan negara? Semua sembang lebat sehinggalah ditawarkan itu dan ini. 


"Abang buat apa-apa mesti kena grand, supaya energi tak terbuang sia-sia. Dapat maximise sehabis mungkin termasuklah nak signing off," katanya. 


REAKSI NETIZEN


Bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat luahannya itu dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai, tidak akan menjadikan dia lebih baik. 


"Jangan rasa bagus sangat dan pukul rata semua kakitangan kerajaan macam tu. Sebaiknya kemukakan dan kongsi juga semua idea atau cadangan saudara tentang jaminan makanan negara daripada apa yang dipelajari," kata Zaini. 


"Apabila LinkedIn dijadikan medium macam Facebook dan TikTok. Good luck in getting a job with that attitude," kata Rosli. 


Sementara yang lain pula memuji tindakannya yang berani bercakap benar mendedahkan perkara itu secara terbuka biarpun berdepan dengan akibat di kemudian hari. 


"Nak jadi PTD bukan main susah, last-last bila kerja duduk bawah menteri yang tidak cekap. Kesian rakyat," kata Sufian. 


"Terlalu banyak pembaziran wang rakyat. Peruntukkan diberi kepada semua jabatan di semua peringkat tetapi tidak semuanya digunakan untuk kepentingan negara dan rakyat. 


"Banyak jabatan berbelanja secara berlebihan untuk mesyuarat yang tidak berkesudahan di hotel lima bintang walaupun hanya untuk mesyuarat dalaman jabatan dan juga di luar kawasan semata-mata untuk menggunakan bajet," kata Afroza. 


Sumber: Twitter Azhar



from The Reporter https://ift.tt/mFLMTCY
via IFTTT