Usahawan cetus kontroversi, tawar pakej sewa bot sambil memancing dengan 2 wanita tak berpakaian



Seorang pengusaha bot pelancongan di Thailand mengundang perhatian banyak pihak disebabkan idea baharunya telah mencetuskan kontroversi iaitu menawarkan pakej sewa bot memancing bersama beberapa wanita tidak berpakaian. 


Pengusaha bot yang berasal dari Chon Buri itu baru-baru ini tampil dengan idea promosi luar biasa tersebut untuk menarik minat orang ramai khususnya golongan lelaki yang mahu merasai pengalaman baru dan sekali gus meningkatkan lagi persaingan dalam perniagaan itu. 


Mereka turut mengiklankan perkhidmatan itu di media sosial dengan memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan dua pemancing lelaki sedang khusyuk memancing sambil ditemani oleh dua wanita tanpa seurat benang baring di bahagian tengah bot. 




Untuk 'promosi luar biasa' itu, mereka menawarkan 3,000 baht atau RM375 bagi tempoh empat jam, termasuk makanan dan minuman. 


Bagaimanapun, iklan pemasaran itu tidak dapat diterima oleh penduduk Chon Buri yang mendakwa tindakan pengusaha bot terbabit telah mencemarkan perniagaan dan reputasi tempat pelancongan itu.


"Kenapa idea perniagaan orang ini 'tersangat' kreatif? Saya tak tahu siapa orang di sebalik idea itu, tetapi berhenti dari meneruskan perniagaan seperti ini di kampung saya!" kata Chaiwat Tum Inanong, bekas datuk bandar mukim Bang Saray di Chon Buri.




Susulan tersebarnya iklan yang tidak bertamadun itu, polis telah mengenalpasti dan menahan dua wanita. Kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam 'promosi luar biasa' itu tetapi mengakui, tiada sesiapa pun yang menghubungi mereka untuk melanggan promosi luar biasa itu walaupun mereka sanggup menanggal pakaian untuk menjayakan promosi itu. 


Lapor Thai Post, dua suspek terbabit berkemungkinan akan didakwa atas pertuduhan melakukan pendedahan yang tidak senonoh dan berdepan dengan hukuman penjara.


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/uiW84rL
via IFTTT