(Video) 'Dia dah makin melampau & kurang ajar, mengganggu lalu lintas!' - Rakyat bengang, pengemis Rohingya yang semakin ramai
Sejak beberapa bulan lalu, beberapa lelaki warga asing dipercayai warga Rohingya dikesan mengemis di persimpangan lampu isyarat di Selangor dan Melaka, dengan menggunakan modus operandi berpura-pura patah tengkuk untuk meraih simpati pengguna jalan raya.
Walaupun kegiatan tidak bertanggungjawab itu pernah dilaporkan oleh media tempatan, namun pihak berkuasa seolah-olah tidak berminat untuk mengambil tindakan tegas dan membuatkan golongan pengemis palsu ini mengambil peluang untuk berleluasa.
Tular di media sosial, video seorang lelaki menegur perbuatan tidak bertanggungjawab 'pengemis' terbabit yang kemudian melarikan diri daripada terus dirakam oleh pengadu dalam kejadian yang berlaku di Melaka.
"Diorang kerap datang sini (persimpangan lampu isyarat) minta sedekah. Kalau bangsa kita nak cari makan bukan main susah lagi. Dia ni dah melampau, dia ni mengganggu lalu lintas. Dah selalu dan kerap serta menjadi semakin kurang ajar.
"Dah terlalu lama sangat dah dia ni (melakukan kegiatan menggemis di kawasan ini), macam tiada tindakan (dari pihak berkuasa). Kerajaan Negeri Melaka tolong fikirkanlah sesuatu. Sebab di kawasan bank pun dah terlalu banyak sangat (pengemis palsu Rohingya).
"Diorang semua ini adalah penipu sebenarnya, dah terlalu ramai diorang kat sini. Sepatutnya kerajaan kena cari jalanlah seperti buat penempatan sementara seperti Pulau Bidung dan tak adalah diorang jadi macam ni," kata pengadu.
Malaysia Darul Rohingya pic.twitter.com/8AWZHdPOUG
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) October 29, 2022
Nada yang sama turut disuarakan oleh netizen di mana sudah ramai kelibat pengemis warga asing mengambil kesempatan terhadap kebaikan masyarakat tempatan.
"Tolonglah warga Melaka. Nak sedekah bukan bagi di tengah-tengah jalan. Hari tu aku lalu budak-budak. Ini pakcik pulak?! Nak sedekah, kita ada rumah anak yatim, orang-orang tua, bukannya bagipada pendatang warga Rohingya yang menyusahkan orang ni! Tolonglah jangan hati tisu, nanti mereka naik kepala!" kata Luqman.
"Diorang Islam ke? Ke saja-saja pakai sebab tahu ramai orang Islam murah hati? Kadang-kadang mesti orang agama lain padang rendah kat Islam disebabkan diorang ni. Entah-entah diorang tu bukan orang Islam," kata Dina.
Sumber: Isu Semasa Viral
from The Reporter https://ift.tt/1QSlcrm
via IFTTT