(Video) 'Kenapa nak politikkan isu banjir dalam PRU?' - Wanita dakwa pembangkang takut ditolak rakyat, tetapi diselar netizen
Tular di media sosial video dari TikToker pro Barisan Nasional (BN) yang menyelar tindakan para pemimpin pembangkang didakwa cuba mempolitikkan isu banjir.
Menurut wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai 'NY' berkata, ekonomi negara merundum semenjak Malaysia dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan dan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, 17 bulan.
"Tahun depan Malaysia akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang lebih teruk. Kenapa nak mempolitikkan isu banjir dalam Pilihan Raya Umum (PRU)? Sedangkan ketika ini banjir yang sedang melanda di Johor, di mana Syed Saddiq dan pemimpin PH yang lain?
"Mereka hanya berpolitik, berpolemik, menunjukkan mereka concern pada rakyat. Hakikatnya, mereka tidak berbuat apa-apa dan mereka hanya mahu PRU dilewatkan kerana mereka takut berhadapan dengan rakyat sedang menolak PH.
"Justeru, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat," tegas NY.
Oii kak! Masa banjir tahun lepas mana pi menteri2 umno? Siapa yang tolong rakyat? Jangan nak hujah ikut kepala otak kau ja bercakap. Setakat baca skrip kau tu, Yang takot tu presiden kau takot ke dalam! pic.twitter.com/NESkey2MdM
— cikyaniee (@lady_bugg11) October 5, 2022
Bagaimana di media sosial, wanita itu diselar oleh netizen yang mendakwa dalam bencana banjir besar yang lalu, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang terpaling awal datang membantu mangsa-mangsa banjir. Bukannya menteri-menteri yang sedang sibuk berpolitik.
"Oi kak! Masa banjir tahun lepas, mana pi menteri-menteri UMNO? Siapa yang tolong rakyat? Jangan nak hujah ikut kepala otak kau ja bercakap. Setakat baca skrip kau tu, yang takut tu presiden kau takot ke dalam!" kata Cik Yanie.
"PRU di musim banjir, mudahlah mereka menangguk di air keruh," kata Shahibon.
"Saya tolong bersihkan rumah kawan di Langat. Dah dekat seminggu (banjir), barulah datang geng-geng UMNO buat photo op. Masa tu, rakyat tolong rakyat," kata Azli Azimi.
"Masa banjir tahun lalu, ada menteri pergi melancong kat luar negara, ada yang kononnya concern dengan banjir pula, sibuk mengadakan majlis pelancaran konvoi bantuan banjir," kata Tam.
Sumber: Twitter Cik Yaniee
from The Reporter https://ift.tt/6kn4JtT
via IFTTT