Beberapa tahun yang lalu, pernah tular di media sosial mengenai kisah ketabahan seorang isteri yang menjaga suaminya terlantar koma lebih 90 hari akibat kemalangan jalan raya.
Usahawan kosmetik, Siti Rohayu atau Ayu, tetap setia menjaga suaminya, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki dari hampir hilang ingatan sehinggalah sembuh dan mampu berjalan sendiri.
Namun, baru-baru ini pasangan itu dilaporkan bakal menamatkan hubungan mereka dan kini dalam proses perceraian. Di akaun media sosial Ayu juga mendapati, tiada lagi gambar atau video mereka bersama, yang tinggal hanya gambar bersama anak-anak.
11 Oktober 2022, Ayu memuat naik gambar dirinya yang memakai jubah hitam berdiri di pintu masuk Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.
"Ya Allah, semoga keputusan yang aku buat hari ini adalah yang terbaik untuk semua orang, termasuk untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita maka bukanlah," tulisnya.
Difahamkan, keputusan untuk berpisah itu dibuat bukan kerana hilang rasa sayang. Tetapi sedar jika hubungan itu diteruskan akan lebih ramai yang terluka.
Ayu mengaku dia juga mengalami kepenatan dari segi mental dan fizikal. Daripada terus melelahkan diri, adalah baik dia memberi fokus sepenuhnya pada kesihatan diri dan anak-anak walaupun ramai yang mengecam atau membencinya disebabkan perpisahan tersebut.
"Biarlah satu dunia membenci dan mengecam Umy. Allah ada, sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini," tulisnya.
"Selamat tinggal Aby (suami)," tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di Facebook.
Tambah Ayu lagi, dia membuat keputusan itu dengan kerelaan hati dan merasakan keputusan itu juga adalah yang terbaik untuk diri dan suaminya supaya tidak timbul sebarang pergaduhan dari mana-mana pihak.
@mummy_beauty buat kali terakhir umy ayu bersama abiðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜satu dunia menangis keranamuðŸ˜##fypã‚· #fypã‚·゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - officialgtvid
Sedar ramai yang tidak akan memahami situasi yang dihadapinya, Ayu kini hanya berharap suaminya lebih sihat dan keadaannya bertambah baik di bawah jagaan keluarganya sendiri.
"Saya bukanlah seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain, diri saya yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kecam keputusan yang saya buat," tulisnya yang turut menegaskan adalah pilihan dia sendiri untuk berundur sebelum menjadi 'gila'.
Sumber: Facebook Siti Rohayu, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/SFnXyN5
via IFTTT