Anwar tolak guna Mercedes S600, pegawai Ismail Sabri kata itu bukanlah perkara luar biasa



Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya. 


Sebaliknya. Anwar lebih selesa menggunakan apa saja kenderaan yang sedia ada di pejabat untuk kegunaan seharian. 


Dalam pada itu, Anwar turut memberi peringatan kepada bakal anggota Kabinet yang dilantik kelak juga tidak membazirkan wang kerajaan untuk perbelanjaan yang tidak perlu terutama untuk kerja baik pulih atau pengubahsuaian pejabat masing-masing. Apatah lagi menggunakan peruntukkan kerajaan untuk kemudahan peribadi.


Media juga melaporkan Anwar sempat membatalkan pembelian kenderaan Mercedes S600 yang ditempah ketika zaman perdana menteri sebelum ini. 


"Sebenarnya ini (Mercedes S600) dipesan oleh perdana menteri yang lalu, tapi saya check tengok boleh tak batal, sempat batal," katanya. 


ISMAIL SABRI PUN TOLAK GUNA KENDERAAN KALIS PELURU DISEDIAKAN JPM


Bagaimanapun, tindakan Anwar itu jika menurut Pengarah Media dan Strategik Komunikasi kepada bekas perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob), Datuk Ruhaidini Abd. Kadir, bukanlah perkara luar biasa. 


Ini kerana Ismail Sabri sebelum ini juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan oleh kerajaan. Ismail Sabri katanya lebih selesai menggunakan kenderaan jenis MPV yang digunakan oleh pentadbiran terdahulu. 


"Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di hantaran Facebook. 


Sumber: Berita Harian, Free Malaysia Today, Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/De7hm2y
via IFTTT