'Baik-baik jadi kerajaan, dia (Zahid) sibuk desak PRU15 diadakan' - Lagi pemimpin UMNO desak Presiden UMNO letak jawatan



"Baik-baik jadi kerajaan, dia (Zahid) sibuk desak PRU15 diadakan segera dan ditambah dengan strategi yang menjahanamkan kawasan putih BN," demikian kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris. 


Beliau berkata demikian ketika menggulas mengenai kekalahan teruk yang dialami oleh UMNO/BN pada PRU15 yang berakhir semalam. 


Najmil berkata, kekalahan yang dialami UMNO/BN kali ini merupakan kekalahan yang paling teruk berbanding PRU14. Zahid katanya, perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan segera. 


"Pengerusi BN (Zahid) itu perlu terima hakikat bahawa kekalahan teruk dialami parti membuktikan bahawa rakyat tidak suka kepada Zahid. 


"Tetapi pentaksub kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih tidak mahu menerima kenyataan.


"Kita kecewa dan sedih kerana segala kebaikan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaako seolah tdak bermakna di mata rakyat. 


"Kekalahan teruk itu membuktikan rakyat tdak bersetuju dengan tindakan sesetengah pemimpin yang rakus dan ego. Ke manakah hala tuju BN selepas ini dan adakah akan menyertai jajaran baharu bersama PN dan PH? 


"Berundurlah wahai Ahmad Zahid dengan bermaruah supaya tiada ruang untuk kerjasama UMNO dan PH," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/O4YuXwB
via IFTTT