'Infografik Kabinet Perpaduan 2022 tindakan terdesak, bodoh' - Ahmad Maslan bengang pihak tak bertanggungjawab sebar infografik palsu
Sejak semalam tular di media sosial infografik Kabinet Perpaduan 2022 yang menyaksikan gabungan parti Pakatan Harapan (PH) bersama dengan Barisan Nasional (BN) mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Berdasarkan infografik itu, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapunn, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, menyifatkan penularan infografik Kabinet Perpaduan 2022 yang dianggotai pemimpin PH dan BN sebagai tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab, tidak berfaedah dan bodoh.
"Itu adalah carta mamat tepi jalan. Selepas ini akan ada banyak lagi carta dan infografik dikeluarkan termasuk Kabinet Bayang, Kabinet Bunian serta Kabinet Caca Marba.
"Itu semua kerja yang langsung tak berfaedah, kerja bodoh. Apa yang pasti, tiada langsung sebarang perbincangan untuk Kabinet seperti infografik tular itu.
"Kita berharap supaya jentera UMNO dan BN ketepikan segala carta dan infografik merapu seperti itu, termasuk carta dan infografik yang kononnya pelbagai agensi yang menyatakan PH mendahului dan BN terkebelakang. Itu semua palsu," tegasnya.
Sebelum ini, pemimpin UMNO menegaskan BN tidak akan sesekali menjalinkan kerjasama dengan PH selepas tewas di PRU15, untuk mendapatkan majoriti membentuk kerajaan.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/AWF20io
via IFTTT