'Kata masyarakat Putrajaya ni semua penjawat awam, tapi mentaliti macam budak kampung, low class' - Netizen kecam individu rosakkan bendera, poster parti lawan



Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah berlangsung pada 05 November lalu.  Ia membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang dibubarkan. 


Sejajar dengan itu juga, pelbagai kempen telah diadakan oleh parti-parti politik bagi memenangi hati rakyat. Papan tanda, poster  dan bendera antara ‘mekanisme’ wajib ditayangkan apabila menjelang musim PRU. Situasi begini dilihat sebagai satu semangat perjuangan yang tinggi dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda. Namun begitu, timbul isu kurang enak didengar apabila dikatakan segelintir anak-anak muda dibayar untuk merosakkan bendera pihak lawan atau dalam erti kata lain melakukan vandalisme.


Calon  P.125 Putrajaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR/PH) melalui ciapan di Twitter, kesal dengan tindakan segelintir individu yang  melakukan perkara yang tidak bermoral ini.


“By indulging in this sort of thuggery and lopping off the Pakatan Harapan flags, it only serves as further reminder why Pakatan Harapan will win GE15,” tulisnya.



Melalui ciapan itu juga, seorang individu juga mendakwa adiknya juga telah dibayar oleh salah sebuah parti yang bertanding untuk mencabut bendera parti lawan. 


“Tadi adik saya bagitau ada job cabut bendera PH. 1 bendera dapat berapa puluh ringgit tak tahu. Tanya sapa suruh, dia kata BN. Aku cakap kalau ang buat benda tu ,tak payah orang luar mai tibai, aku sendiri akan jijak ang,” tulis Chafrul.




Netizen juga mempersoalkan mengapa perkara sebgitu berlaku di dalam Putrajaya sedangkan umum mengetahui majoriti penduduk di Putrajaya merupakan kakitangan awam. 


“Kata masyarakat putrajaya ni semua penjawat awam tapi mentaliti macam budak kampung... Low class,” kata  Ganesh.




Bukan sahaja di Putrajaya, malahan di perkara itu turut berlaku di Taman Tun Dr. Ismail. Calon   Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut berasa sedih dengan senario yang berlaku.

“Penduduk Taman Tun Dr Ismail maklumkan bahawa pagi ini bendera Harapan telah ditarik keluar, banner saya dipotong dan billboard saya dihancurkan di beberapa lokasi. Sedih kerana kami bukan orang kaya. Permainan politik kotor dan menjijikkan. Bertanding secara bersih please,” katanya.







Sumber: Dr Noraishah Mydin, Hannah Yeoh.

from The Reporter https://ift.tt/gECIM4V
via IFTTT