'Orang Sarawak tidak malas & suka bekerja' - Premier Sarawak tak umum cuti khas 18 Nov sempena PRU15



Pemberian cuti umum khas pada 18 Nov ini bagi menggalakkan rakyat mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak perlu dilaksanakan di Sarawak memandangkan ia bukan perkara yang mendesak dan boleh menjejaskan ekonomi.


Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata sebagai sebuah kerajaan yang rasional, kerajaan Sarawak perlu mengambil kira kesan ekonomi dan tahap produktiviti di negeri ini sebelum mengambil sebarang langkah untuk melaksanakan cuti umum khas itu.


"Saya fikir tidak wajar ia dilaksanakan kerana apa yang berlaku akan menjejaskan ekonomi, produktiviti kita akan menurun, majikan perlu bayar gaji berganda untuk pekerja.


"Saya pertimbangkan secara rasional kerana saya tahu apa kesannya, memanglah semua orang suka bercuti.


"Jadi mengambil kira semua perkara, saya kena fikir dulu. Lagipun kita mengundi pada 19 November, (kenapa) kita beri cuti 18? Sepatutnya berilah cuti pada 20 November.


"Orang Sarawak tidak malas. Mereka suka bekerja. Kalau orang, Sarawak suka kerja, biarlah mereka bekerja," katanya


Pada 7 Nov, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan cuti umum khas itu dan pada Selasa lepas, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.


Sumber: Bernama, Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/u7c8ZVP
via IFTTT