'Rasa macam tak berpijak di bumi' - Nia Ramadhani kongsi peristiwa ditahan polis kerana salahguna dadah



Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani tampil berkongsi cerita mengenai peristiwa dia dan suaminya ditahan pihak berkuasa pada 7 Julai 2021 atas kesalahan penyalahgunaan dadah. 


Perkara itu dikongsikan oleh Nia semasa menjadi tetamu jemputan di podcast Merry Riana. Nia mengaku dia pada waktu kejadian berada dalam keadaan bingung dan terkejut, malah terdetik di hatinya untuk terus lenyap dari muka bumi ini. 


"Duh, masa itu macam dah tak berpijak di bumi ini, jalan pun macam dah terapung," katanya. 


Dia mengaku pada awalnya mengambil bahan terlarang itu hanya sekadar untuk bersantai sahaja dan tidak menyangka perbuatannya itu menyebabkan dia ditahan oleh polis. 


"Kerana pada awalnya (ambil dadah) untuk fun fun sahaja. Saya tak berfikir panjang pada masa itu. Tiba-tiba rumah diserbu oleh pasukan polis," ungkapnya. 


Menurut Nia, perkara pertama yang terlintas di fikirannya pada saat itu adalah perasaan orang tuanya. Dia bimbang jika ibunya diserang strok apabila mengetahui dia dan suaminya ditangkap polis kerana dadah. 


"Di fikiran saya pada masa itu ialah ibu. Saya takut kalau ibu diserang strok dan serangan jantung. Saya juga tak tahu apa yang perlu dilakukan dan hanya mengikut arahan polis. 


"Saya pula ada trauma dengan orang yang bersuara lantang. Jadi, polis yang datang pula bersuara lantang, tegas dan menggertak saya. Padahal sebenarnya tiada keperluan untuk melayan saya seperti itu," katanya. 


Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada Rabu, 7 Julai 2021. Mahkamah kemudian menetapkan pasangan itu dikehendaki menjalani rehabilitasi selama setahun sebelum dibebaskan sepenuhnya pada 29 Mac 2022. 


Sumber: Podcast Merry Riana



from The Reporter https://ift.tt/UPyrhoi
via IFTTT