'Semua calon parti bertanding di PRU15 perlu diberi ruang secukupnya dalam pelaporan media' - Menteri Komunikasi



Calon-calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan menjunjung konsep kebebasan media selagi pelaporan dibuat dalam konteks undang-undang, fakta dan bukannya berita palsu.


Menurut Annuar ini berikutan beliau menerima beberapa aduan dan kekeliruan yang dilontarkan setiap hari kepadanya mengenai pelaporan beberapa stesen penyiaran yang membuat siaran kepada parti bukan kerajaan.


Bagi media agensi kerajaan, beliau berkata medium itu juga berperanan menyalurkan sumber berita berkait dengan 'government of the day.'


"Jadi apa-apa agenda kerajaan termasuk pengeluaran kapsul mengenai Perdana Menteri adalah kerana Perdana Menteri itu juga adalah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Tegayong, Melor di sini pada AHad.


Bagaimanapun, Annuar berkata mana-mana premis dan aset kerajaan tidak boleh digunakan atas nama parti politik.


"Tidak kira parti mana sekalipun, kalau hendak guna untuk bertanding atas nama parti politik, dalam parti politik yang mahu gunakan premis dan aset kerajaan itu memang tidak boleh.


"Untuk menyampaikan dasar, progres kerajaan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri itu boleh. Jadi, di sini terdapat sedikit kekeliruan," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/7LA0hCi
via IFTTT