(Video) Ada kumpulan Yahudi, Kristian rancang ambil alih Malaysia melalui PH - Muhyiddin didakwa pergunakan agama untuk takutkan pengundi Melayu



Calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Harapan (PN) menaja kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia. 


Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di majlis Ceramah Mega PN di Parit Jawa, kelmarin. 


Menurut Muhyiddin, kumpulan itu merancang untuk mengambil alih Malaysia melalui proksinya, PH, yang dianggap berbahaya dan akan berlakunya proses Kristianasasi. 


"Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian. 


"Itu saya tak fikir berkembang dengan pesat sebab sebahagian besar kita adalah orang Islam. Tetapi agenda puak-puak dan kaum-kaum seperti ini adalah niat mereka untuk mengambil alih Malaysia satu daripada koloni dia. 


"Ini adalah strategi jangka panjang. Mungkin kita tidak lihat ini pada waktu ini, tetapi mungkin tidak beberapa lama lagi kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga," katanya.


@phan.fizs Awas agenda kristianisasi, kita jangan lalai...mereka dh lama merancang! #abah #undiPN #PNbest ♬ bunyi asal - PHan fiz


MAJLIS GEREJA-GEREJA MALAYSIA KESAL DIFITNAH MUHYIDDIN


Kenyataan Muhyiddin yang berbaur rasisme dan mempergunakan agama untuk menarik undi daripada rakyat ketika PRU15 itu mengundang reaksi terkejut dari Majlis Gereja-Geraja Malaysia (MGGM). 


"Kami terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang mendakwa penganut agama Kristian di negara ini bersekongkol dengan kumpulan Yahudi untuk mengambil alih dan melakukan kristianasasi Malaysia. 


"Kenyataan itu bukan sahaja tidak benar, malah tidak bertanggungjawab apabila seorang ahli politik sepertinya membuat kenyataan sedemikian kepada orang ramai dan ditonton secara meluas di media sosial. 


"Kita hidup dalam negara berbilang kaum dan agama, sensitiviti setiap masyarakat perlu diambil kira semasa berucap di forum awam. 


"Kenyataan sedemikian (Muhyiddin), dilafazkan secara sembarangan yang mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan da persengketaan kaum dan agama," kata MGGM.




ANWAR SELAR TUDUHAN MUHYIDDIN YANG KETANDUSAN IDEA UNTUK BERKEMPEN


Sementara itu, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim turut menyelar tuduhan Muhyiddin itu sebagai kehilangan modal untuk berkempen sehingga sanggup mempergunakan agama untuk memfitnah PH.


"Tak ada modal lain ke? Komunis, Kristian, Yahudi. Kalau merompak, tak ada masalah. 


"Saya nak jawab tuduhan itu. Kalau anda nak saya memimpin negara ini, saya akan mempertahankan orang Melayu dan hak Melayu, saya pertahan orang Cina dan hak Cina, saya pertahankan orang India dan hak India, Sabah dan Sarawak," katanya.


NETIZEN GESA PDRM AMBIL TINDAKAN TERHADAP MUHYIDDIN YANG CETUS KETEGANGAN AGAMA


Di media sosial, netizen turut meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan tindakan Calon Parlimen Pagoh itu sanggup melemparkan dakwaan tidak berasas itu. 


"Tak habis-habis main isu perkauman dan agama. Apa yang dia takut sangat dengan DAP pun tak tahulah. Negara kita ada undang-undang. Kalau macam ni, nampaknya PN memang dah tak ada modal untuk berkempen. Berzikirlah hangpa tiap-tiap hari dengan DAP DAP DAP DAP. Penakut yang tak sudah-sudah," kata Nazirul. 


"Sampai tak ada idea dah ke? Kenapa sampai kena kaitkan dengan agama? Muhyiddin sudah diberi peluang jadi PM, sekarang bagi laluan kepada yang lain untuk menerajui negara," kata Imelda. 


"Masa ada jawatan dan jadi PM, kenapa tak dedah? Dah tahu bakal tumbang, baru nak keluarkan isu ini? Muhyiddin dah terdesak sangat ke tu?" kata Mik. 


"Pemimpin yang paling tak berguna di Malaysia. 36,000 orang mati disebabkan Covid semasa dia menjadi PM. PM yang berkata tanpa fakta dan boleh menyebabkan rusuhan kaum dan penganut-penganut agama. PN perlu disingkirkan keranakalau PN berkuasa, hancurlah kemakmuran sesama kaum, bangsa dan agama!" kata Baharuddin. 


Ramai netizen menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, sebagaimana pihak berkenaan telah mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki yang mendakwa mahu menyembelih kafir ketika berucap di pentas ceramah PN, beberapa hari lalu. 


Sumber: MalaysiaKini, MGGM, Twitter



from The Reporter https://ift.tt/ylEwIYW
via IFTTT