(Video) 'Bila saya cakap tentang korupsi, awak terus nak beredar' - Netizen tergelak tengok makcik ini buat calon BN menggelabah



Jika di media arus perdana, video seperti ini mungkin tidak akan disiarkan atas sebab-sebab tertentu bagi menjaga kepentingan masing-masing. 


Tular di media sosial hari ini, video seorang wanita bernama Karen dikatakan telah membuat calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Segambut 'menggelabah' apabila diajak berbicara mengenai isu korupsi. 


Dalam video yang dirakamnya sendiri, Karen berkata pada penghujung harinya kelak rakyat Malaysia perlu keluar mengundi untuk memilih pemimpin pilihan masing-masing dan juga untuk generasi masa depan. Selain itu, menghapus gejala rasuah yang masih berlaku di dalam negara. 


Belum sempat menghabiskan ayatnya, calon berkenaan menyampuk dan berkata, "Kita tidak mahu gejala rasuah, kita mahu kerajaan yang adil dan stabil agar pelabur berminat untuk datang melabur di negara ini. 


"Dalam masa yang sama akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Ekonomi juga akan meningkat dan apabila ekonomi meningkat akan membawa kesejahteraan kepada rakyat," tegasnya. 


Bagi Karen, semua kata-kata calon berkenaan kedengaran bagus dan meminta calon itu bertanya kepada BN sendiri apa yang pihaknya telah lakukan untuk Malaysia sepanjang lebih 50 tahun tempoh pemerintahan. 


"Awak tanya pada BN apa yang mereka telah lakukan sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan. Kita telah banyak kehilangan wang..." sekali lagi belum sempat Karen menghabiskan kata-katanya, calon BN itu mencelah. 


"Puan, puan.. kali ini puan kena memilih dan mengundi siapa yang puan mahukan. Saya dengan Barisan Nasional dan di sini kerusi Parlimen Segambut. Saya cuba berkhidmat untuk rakyat, beri peluang dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan mengikut kemampuan saya. 


"Tetapi saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang sebab saya juga terbatas. Saya bukannya seperti calon lain yang menjanjikan segalanya. Saya hanya melakukan mengikut kemampuan saya. 


"Sebab masa saya muda, mak saya kata kalau saya tak boleh melakukan sesuatu, jangan berjanji. Apabila awak berjanji, awak akan hilang reputasi, keyakinan dan kepercayaan orang terhadap awak, imej awak dan rasa hormat orang terhadap awak. Keimanan saya juga akan hilang. 


"Jadi hari ini saya mengikut prinsip kehidupan sedemikian yang saya pelajari daripada ibu bapa saya," jelasnya. 


Karen juga berkongsi mengenai nasihat ibu bapanya iaitu, "Ibu bapa saya juga mengajar saya jangan mencuri wang rakyat, jangan mencuri barang. Tetapi di Malaysia ada pemimpin yang korup. 


"Apabila saya bercakap mengenai isu korup, kamu terus mahu beredar macam itu sahaja," katanya dengan nada kecewa. 



Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan keberanian Karen mengajukan soalan sedemikian kepada calon sehingga membuatkan lelaki itu menggelabah. 




Apa kata anda? 


Sumber: Twitter KlutzyKucing



from The Reporter https://ift.tt/nW4OuI9
via IFTTT