(Video) 'Dia ingat parti masuk syurga atau neraka ini bapak dia punya?' - Anwar selar pemimpin Pas berpolitik mempergunakan agama
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyelar kenyataan Ketua Pas Perak yang disifatkan sebagai 'bodoh' dan 'bangang', malah bercakap tidak serupa bikin.
Ketika berucap ceramah Mega PH di Gombak malam tadi, Anwar turut menepis dakwaan pihak lawan kononnya jika dia dilantik sebagai Perdana Menteri selepas menang PRU15, dia akan dipengaruhi oleh DAP.
"Parti dan negara kita mesti hidup sebagai satu pasukan. Mana boleh main cerita ini Melayu, ini Cina.. Kalau Melayu, Anwar perdana menteri, dia ikut Cina.. Cina ini komunis.
"Tengok muka Gobind, macam komunis ke? Tengok muka Anthony Loke, nampak baik saja.
"Boleh ke macam tu? Tak boleh! Kita tidak setuju dengan DAP tak apa. Tak setuju dengan Gobind? Okey. Tetapi jangan menghina, mengaib dan memfitnah dia. Ini bertentangan dengan budaya kita.
"Yang cakap itu siapa? Ketua PAS Perak. Ketua PAS Perak, bodoh! Bangang! Mana boleh begitu? You pakai kopiah putih, maki orang. Anwar take over, Cina yang jaga dia.
"Kamu ingat aku bodoh macam kamu? Saya berkawan dengan Cina dan India yang baik. Yang kamu bersama dengan Cina Gerakan itu, boleh pula?
"Lebih dari itu dia kata Anwar Perdana Menteri akan dipengaruhi oleh DAP dan semua di Malaysia ini jantan boleh kahwin dengan jantan. Apa punya jenis manusia ini? Ini bukan politik, ini cara orang pelampau fanatik yang akan merosakkan negara kita," katanya.
Anwar yang juga calon PH bagi Parlimen Tambun menegaskan bahawa dia bukan memusuhi Pas dan tidak pernah melupakan jasa-jasa pemimpin Pas seperti Al-marhum Tok Guru Nik Aziz, tetapi kecewa dengan sikap Presiden Pas, Hadi Awang yang berkempen menggunakan cara memburuk-burukkan pihak lawan berbanding menggunakan cara berpolitik yang sepatutnya.
"Saya bukan anti Pas, saya pernah bekerja dengan mereka. Saya masih hormat dan muliakan Al-marhum Tok Guru Nik Aziz. Saya tidak pernah lupa jasa-jasa orang seperti mereka. Tetapi saya tak faham dengan sikap Hadi Awang.
"Dia bagi contoh, DAP ini dari Singapura, memang anti nasional, saya tahu Pakatan Harapan dan DAP menentang Perlembagaan, Hak Orang Melayu, Raja-Raja Melayu. Ni apa ni? Ini bukan politik.
"Kemudian ada penyokong Pas kata, "Orang Cina, kalau boleh saya dah bunuh semua". Ini adalah perbuatan menanam bibit-bibit kebencian kaum, sikap fanatik, berbahaya kepada negara. Jangan sesekali melayan pengaruh Pas yang fanatik ini.
"Kita mesti memartabatkan Islam dan Islam itu agama Persekutuan. Dia kata, masuk parti Islam akan masuk syurga. Yang bukan parti Islam, masuk neraka. Jadi orang macam kita semua masuk neraka kerana tak masuk parti Islam. Dia ingat parti masuk syurga atau neraka ini bapak dia punya? Orang yang cakap ini apa?" ujarnya.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
from The Reporter https://ift.tt/EsrOnxF
via IFTTT