Mayat seorang pelajar sekolah menengah ditemui mati dalam telaga di kebun jagung, Desa Serbajadi, Sumatera Utara, Indonesia pada 15 Disember 2022.
Mangsa, Lidya Patmos Sitinjak, 17, ditemui dalam telaga tersebut dalam keadaan terlungkup dan masih memakai seragam sekolah yang lengkap, dengan lehernya dijerut menggunakan tali leher miliknya sendiri.
Sehari selepas mayat mangsa ditemui, suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu juga telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendapati, suspek yang dikenali sebagai Rizky Lewa atau Riza, 25, berkenalan dengan Lidya melalui media sosial. Selepas sekian lama berkenalan, kedua-duanya merancang untuk berjumpa.
Pada hari kejadian, Riza telah menjemput Lidya dengan menunggang motosikal dan dibawa ke sebuah pondok berdekatan dengan kebun jagung.
Di situ, Riza bertanya sama ada Lidya sudi menerima lamarannya. Pada awalnya, Lidya hanya mendiamkan diri. Lalu mereka berpindah tempat duduk di bawah pokok jambu.
Di situ, suspek mengulang kembali soalan yang sama sambil memegang tangan Lidya, apakah dia sudi menjadi kekasihnya. Spontan Lidya menarik tangannya dan berkata dia tidak dapat menerima lamaran itu kerana suspek cacat dan sumbing.
Bahkan, Lidya berkata cara percakapan Riza juga tidak normal. Apabila bercakap, terdengar bunyi 'au... au...'.
Kesal dihina sedemikian rupanya, Riza menjadi bengang dan terus menjerut leher Lidya menggunakan tali lehernya sendiri sehingga tidak bernyawa.
Panik melihat mangsa yang sudah mati, Riza membuang mayat Lidya ke dalam telaga sebelum beredar dari lokasi kejadian dengan membawa beg tangan dan telefon bimbit milik Lidya. Riza kemudian pergi ke rumah saudaranya di daerah lain dan membuang beg tangan mangsa bagi menghilangkan jejak.
Namun, usaha Riza cuba melarikan diri menemui kegagalan apabila polis berjaya menjejak telefon bimbit mangsa yang membawa kepada penangkapannya pada 16 Disember 2022.
Pihak berkuasa dikatakan sedang menunggu hasil keputusan ujian saringan sama ada Riza melakukan jenayah itu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya. Jika sabit kesalahan, Riza akan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber: Tribun Medan
from The Reporter https://ift.tt/v0feVR3
via IFTTT