Tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat, 23 Disember 2023, video menunjukkan seekor tikus sedang meratah ayam goreng yang dijual di sebuah restoran mamak.
Kejadian itu disaksikan sendiri oleh saksi, Zoey Hanafiah, yang kemudian memuat naik video tersebut di akaun Twitternya.
"(Berlaku di) depan mata sendiri. No more makan mamak, janji," tulisnya pada ciapan tersebut.
Depan mata sndiri, No More mkn mamak 😵 janjiii pic.twitter.com/HxkhjFbZHY
— ig : zoeyhanafiah (@zoeyhanafiah) December 22, 2022
Sejak dimuat naik pada jam 5.04 pagi, video tersebut telah ditonton lebih dari 1.8 juta kali dan diretweet lebih dari 7,318 kali.
Video tersebut turut menarik perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminta saksi tampil memberi maklumat agar tindakan segera dapat diambil.
"Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera," - Twitter KKM.
🤮 Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA. https://t.co/nBfFevouk8
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) December 23, 2022
Sementara itu, netizen turut mendesak Zoey mendedahkan nama dan lokasi premis tersebut bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa makanan tercemar.
"Please beritahu dekat mana tempat ni? Biar semua orang tahu. Sudahlah makanan itu tercemar, nanti boleh kena cirit-birit, muntah-muntah, malah leposprosis," kata Faa.
"Satu kesalahan besar kalau tak beritahu detail gerai/restoran/kawasan kejadian ini. Kencing tikus bukan benda yang boleh dibuat main, gurau atau content," kata Norhisyam.
Sumber: Twitter Zoey Hanafiah
from The Reporter https://ift.tt/D3gcltS
via IFTTT