Isteri orang dicekup berkhalwat dengan suami orang di hotel Ujong Pasir, Melaka

FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad


Sepasang kekasih dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tengah malam kelmarin kerana disyaki berkhalwat di hotel di Ujong Pasir. 


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya ketika itu melakukan pemeriksaan di hotel tersebut pada jam 12.40 malam dan perbuatan pasangan itu terbongkar selepas anggota penguatkuasa melakukan semakan pada kad pengenalan mereka. 


Siasatan mendapati lelaki berusia 40 tahun itu sudah berkahwin, manakala kekasihnya berusia 37 tahun itu masih berstatus isteri orang. 


Pada awalnya, wanita itu mengaku sudah bercerai empat tahun lalu, manakala lelaki terbabit pula mengaku sudah berkahwin tetapi dalam proses perceraian. 


"Dia pada mulanya mendakwa teman lelakinya itu hanya datang melawatnya. Malah, lelaki itu cuba keluar dari bilik hotel apabila menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM. 


"Namun, kecekapan penguatkuasa meminta dia pulang ke bilik sebelum mendapati seorang wanita berada di dalam dan apabila ditanya, kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan," katanya. 


Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan dan telah dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan di bawah Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/JelCiWT
via IFTTT